AntarabangsaIsu SemasaPolitik

52% Rakyat Amerika Ingin Obama Kembali Semula Menjadi Presiden

Selepas menjadi individu paling berkuasa di dunia, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ternyata mencetuskan kemarahan orang ramai dengan dasar-dasarnya yang ‘tidak masuk akal’, terutama sekali perintah eksekutif berkontroversi yang melarang rakyat daripada 7 buah negara Islam utama serta pelarian untuk memasuki AS bagi beberapa tempoh tertentu.

Berdasarkan sebuah tinjauan Public Polling Policy (PPP), dua perlima daripada pengundi di AS ingin melihat pemimpin Republikan itu didakwa dan dibicarakan.

PPP yang berhaluan Demokratik itu turut mendapati bahawa 40% bersetuju agar Trump dipecat jawatannya sebagai presiden hanya dua minggu dalam penggal pertama pemerintahannya.

Selain itu, majoriti rakyat Amerika, iaitu sebanyak 52% berharap bekas Presiden, Barack Obama kembali semula untuk memimpin Rumah Putih.

Lebih daripada 600,000 orang juga telah menandatangani petisyen yang dikeluarkan oleh kumpulan kempen Impeach Trump Now, di mana mereka mendakwa Trump masih belum ‘meninggalkan’ empayar hartanahnya semasa memegang jawatan di dalam kerajaan.

Walaupun Trump mendapat undian majoriti daripada Electoral College (Kolej Pemilih) dalam pilihan raya presiden yang lalu, beliau telah kehilangan hampir 3 juta undi popular serta mempunyai kadar populariti yang terendah dalam sejarah AS.

Difahamkan, hanya suku atau 26% sahaja rakyat Amerika yang bersetuju dengan perintah eksekutif larangan imigresen presiden itu.

Penemuan ini didapati selepas seorang ahli kongres Texas  bersetuju untuk mendakwa Trump atas tuduhan beliau telah menggunakan kuasanya melampaui ketetapan perlembagaan.

Ramai dari kalangan penunjuk perasaan juga telah menyeru supaya jutawan hartanah itu didakwa dan dibicarakan, tetapi ia satu perkara yang agak mustahil memandangkan parti Republikan beliau berkuasa di dalam kedua-dua Dewan Perwakilan Rakyat dan juga Senat.

Kedua-dua dewan perlu mengundi dan meraih simple majority (majoriti mudah) untuk mendakwa seseorang presiden atas kesalahan “pengkhianatan, rasuah, atau jenayah berprofil tinggi lain serta salah laku.”

Sumber: Cosmopolitan
Show More

Related Articles

Back to top button