AntarabangsaIsu Semasa

Syarikat Israel Yang Membina Pagar Di Gaza Ingin Membina Tembok Besar Trump Di Sempadan Mexico

Untuk merealisasikan salah satu ‘impian’ presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, syarikat Israel, Magal Security Systems yang membina pagar di sempadan Gaza menawar diri untuk membina tembok besar di sempadan AS-Mexico.

Syarikat itu telah menunjukkan pagar mereka yang menggunakan sistem pengesan gentian optik kepada pegawai-pegawai AS, di mana teknologi tersebut digunakan di lapangan terbang dan pelabuhan di seluruh dunia.

Menurut laporan Bloomberg, saham bagi perniagaan yang membina tembok seperti ini meningkat hampir 50% sejak pelantikan Trump sebagai presiden.

“Kami mempunyai produk yang betul dan pengalaman di Israel yang membantu dalam mempamerkan produk kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Magal Security Systems, Saar Koursh.

Syarikat itu juga telah bantu membina pagar di sepanjang sempadan Israel bersama Egypt, Somalia dan juga negara-negara lain di Afrika.

capture-3
Sumber: www.twitter.com

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan sokongan beliau terhadap rancangan tembok besar Trump menerusi laman Twitternya.

“Presiden Trump benar. Saya membina tembok sepanjang sempadan selatan Israel. Ia (tembok) menghentikan semua pendatang tanpa izin. Kejayaan yang hebat. Idea yang hebat,” Tweet beliau.

Dalam pada itu, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, John Kelly berkata mungkin ‘tembok’ itu tidak akan memiliki struktur fizikal di sepanjang sempadan AS-Mexico, tetapi teknologi pengawasan, termasuk produk pengesan, akan digunakan di beberapa lokasi.

Namun, sempadan AS dan Mexico pada masa kini sudah pun bergantung pada teknologi pengesan dan kamera yang dikawal selia oleh Peronda Sempadan AS untuk mengenal pasti sesiapa sahaja yang cuba menyeberang.

Sejak berkempen lagi, Trump kerap mengulangi rancangannya untuk membina sebuah “tembok yang besar dan cantik” dan memaksa Mexico untuk membayar kos pembinaannya.

Tetapi, Mexico menegaskan bahawa mereka enggan membayar sebarang kos untuk membina tembok itu, di mana ia mungkin akan menelan perbelanjaan berbilion-bilion dolar.

Sebelum ini juga, sebuah syarikat simen Mexico pernah menawar diri untuk membina tembok berkontroversi itu.

“Kami tidak boleh memilih. Kami adalah pengeluar penting dalam bidang itu dan kami perlu menghormati pelanggan kami di kedua-dua belah sempadan itu,” kata  Enrique Escalante, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Grupo Cementos de Chihuahua.

Sumber: Independent UK

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker