Gaya HidupMakan & Minum

5 Tempat Makan Menarik Yang Anda Perlu Cuba Di Kelantan

Gomo Kelate Gomo! Haa, adakah Kelantan merupakan destinasi percutian anda dan keluarga selepas ini? Atau jika anda hanya ke sana atas urusan kerja, cubalah pergi ke kelima-lima restoran yang tersohor di serata Kelantan ini, bagi membuatkan lawatan anda lebih bermakna.

  1. Restoran By-T Laksam
sumber-come2kelantan-comekelantan

 

Lokasi: Kampung Panji, Kota Bharu

Kalau dekat Pulau Pinang ada laksa penang, Kelantan pun ada laksa terkenal mereka sendiri, iaitu laksam! Apa yang membezakan laksam dengan laksa penang adalah mee, kuah dan senang cerita rasanya pun lain.

sumber-kedaimakankelantan-blogspot-my
sumber: kedaimakankelantan-blogspot-my

Kalau nak tahu sesuatu laksam itu confirm sedap dan kaw atau tidak, tengok kuah dia – kalau kuahnya pekat, itu lah maknanya yang semua bahan (isi ikan, santan dan rempah-rempah lain) sudah sebati.

 

  1. Nasi Ulam Cikgu
sumber-terengganu-times
sumber: terengganu-times

 

Lokasi: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu

Sekiranya anda peminat makanan-makanan kampung, kedai ini wajib anda kunjungi. Kedai ini menyediakan pelbagai variasi jenis-jenis ulam, pencicah, sambal belacan, ikan bakar dan banyak lagi.

sumber-mamatisya
sumber: mamatisya

Kedai yang berkonsepkan layan diri pasti akan membuat anda rasa puasa hati kerana mereka membenarkan anda top up ulam-ulaman tanpa perlu membayar tambahan pun!

  1. Yati Ayam Percik
sumber-motormouth-from-ipoh
sumber: motormouth-from-ipoh

 

Lokasi: Jalan Long Yunus, Kota Bharu

Kalau sebut pasal ayam percik, memang tidak sah lah kalau orang tak kaitkannya dengan negeri Kelantan. Salah-satu makanan terkenal Kelantan ini akan lebih sedap rasanya apabila dimakan dengan nasi kerabu.

sumber-foodspotting
sumber: foodspotting

Apa yang membuatkan kedai Yati Ayam Percik ini begitu terkenal di kalangan masyarakat Kelantan adalah kerana majoriti lauk mereka dipanggang atas arang kayu – membuatkan lauk mereka rasa smoky dan sangat enak.

  1. Maggi Tiram Pok Weil
sumber-abdquddoos
sumber: abdquddoos

Lokasi: Tawang, Bachok

Nama kedainya sahaja sudah boleh membut anda tertarik untuk terus pergi makan di situ. Peminat seafood sekalian, silalah datang ke kedai ini untuk menikmati rasa tiram yang fresh.

img_0219
sumber: abdquddoos

Selain maggi, mereka turut menawarkan menu-menu lain seperti tiram fresh yang dimakan bersama sos istimewa, nasi goreng tiram, telur dadar tiram, dan banyak lagi.

  1. Kedai Akok Sri Jenut
sumber-diary-dqaseh
sumber: diary-dqaseh

 

Lokasi: Kampung Tanjung Batu, Kuala Krai

sumber-srijenut-nurkarimah-blogspot-com
sumber: srijenut-nurkarimah-blogspot-com

Akok merupakan antara kuih atau manisan Kelantan yang sangat terkenal dengan rasanya yang kaya denga lemak berkrim. Kalau Melaka ada kuih keria, di Kelantan, inilah pencuci mulut yang anda wajib cuba. Selain dari kuih akok, bahulu turut ada dijual di sini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker