AntarabangsaIsu Semasa

Pemuda Britain Rela Bunuh Diri Daripada Ditangkap Oleh Pengganas IS

Pada 21 Disember 2016, seorang chef warga Britain bernama Ryan Lock telah bertindak untuk mengambil nyawanya sendiri supaya beliau tidak ditangkap oleh anggota pengganas IS dalam sebuah serangan di Raqqa.

Pemuda berusia 20 tahun yang berasal daripada Chichester, West Sussex itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam ketenteraan, namun beliau pergi ke Syria untuk menentang kumpulan militan itu bersama-sama tentera Kurdish (YPG).

Menurut laporan, Lock tidak memaklumkan kepada kedua ibu bapanya tentang ‘misi peribadinya’ itu, tetapi sebaliknya hanya memberitahu bahawa beliau ingin pergi bercuti ke Turki pada bulan Ogos tahun lepas.

Selepas kematiannya diumumkan, sumber mengatakan tentera Kurdish telah memberitahu keluarga Lock yang beliau terbunuh bersama empat lagi orang pejuang YPG.

Hasil siasatan mendapati pemuda itu memutuskan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya daripada bawah dagu.

Motif disebalik langkah tersebut adalah supaya beliau tidak ditangkap oleh IS serta enggan dijadikan sebagai bahan propaganda kumpulan berkenaan.

Insiden itu disahkan oleh bapa Lock, John Plater: “Sejak kami terdengar berita sedih mengenai Ryan, ia agak sukar, terutamanya kepayahan yang melibatkan usaha penghantaran mayat.”

Walau bagaimanapun, tentera Kurdish mengendalikan usaha untuk menghantar mayat Lock ke pangkuan keluarganya di United Kingdom (UK).

“Kami bersyukur kepada YPG kerana menghantar dia (mayat Lock) balik,” ujar Plater.

Seorang jurucakap YPG berkata, mayat Lock telah diserahkan kepada Konsulat British dan akan sampai ke UK dalam masa beberapa hari yang akan datang.

Sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian beliau, sebuah majlis ketenteraan diadakan, di mana keranda beliau dihiasi dengan bendera Kurdish dan UK, serta diletakkan juga gambarnya.

Ketika majlis itu berlangsung, General Command YPG, Mihyedin Xirki sempat menyampaikan penghormatan terakhirnya dengan menggelar Berxwedan Givara (nama yang diberikan kepada Lock) sebagai pejuang yang telah ‘mati syahid’.

 

Sumber: Sky News
Show More

Related Articles

Back to top button