Gaya HidupKesihatan

Mengalami Sakit Leher Jangka Panjang? Anda Patut Lakukan Senaman Ini

Satu kajian baru mendapati bahawa senaman tradisional tai chi orang Cina adalah berkesan untuk melegakan sakit leher jangka panjang.

Neck pain

Kajian yang diterbitkan dalam The Journal Of Pain itu menunjukkan keputusan bahawa selepas 12 minggu, mereka yang melakukan senaman tai chi dilaporkan terdapat pengurangan penderitaan sakit.

Senaman minda dan badan yang berimpak rendah ini berasal dari China dan mempunyai gabungan pergerakan fizikal yang perlahan dengan pernafasan, ketenangan dan meditasi.

Walaupun sebelum ini tiada kajian yang menunjukkan ia mampu melegakan sakit leher kronik, penyelidikan sebelum ini telah mendapati bahawa ia boleh mempunyai kesan yang baik terhadap masalah kesihatan yang lain.

Tai chi – kesannya pada keseimbangan dan jantung

cr-health-ah-healthy-tai-chi-in-park-03-16
Penemuan yang diterbitkan pada awal tahun ini dalam Journal Of The American Heart Association mencadangkan bahawa tai chi boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular di kalangan mereka yang telah menghidapi penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

Kajian ini menunjukkan bahawa tai chi boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan oleh itu mengurangkan risiko strok sehingga 41% dan penyakit jantung koronari sehingga 22%.

Berdasarkan kajian itu juga tai chi boleh mengurangkan tahap kolesterol tidak baik, meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dan mengurangkan tahap kemurungan.

beijing-tai-chi_1695_600x450
Dalam satu lagi kajian yang diterbitkan pada tahun ini penyelidik Taiwan mendapati tai chi turut berkesan dalam mengurangkan risiko warga tua daripada mudah jatuh.

Ia merupakan salah satu punca utama kecederaan di kalangan orang dewasa yang lebih tua, oleh itu, pencegahan daripada jatuh adalah isu yang penting untuk warga emas kerana ia juga boleh menghalang masalah kesihatan lain.

Menurut penyelidik dari Universiti Perubatan Taipei, mereka mendapati bahawa selepas menjalani enam bulan sesi tai chi, kumpulan yang menjalani seri tersebut kurang kemungkinan untuk mengalami kecederaan yang melibatkan jatuh serta juga mendapat manfaat daripada peningkatan dalam fungsi kognitif.

Show More

Related Articles

Back to top button