AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Kajian: Lebih Ramai Pengganas Lahir Di AS Berbanding 7 Negara Islam Yang Dilarang Masuk Ke Sana

Perintah Eksekutif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melarang warga asing dan pelarian daripada memasuki negara itu untuk tempoh tertentu banyak mendatangkan mudarat dan dianggap sebagai satu langkah yang “tidak masuk akal”

Difahamkan, Trump mengambil langkah berkontroversi itu atas dasar untuk “menghalang kemasukan orang jahat (dengan niat yang jahat)” ke AS, tetapi pemimpin Republikan itu mungkin akan terkejut kerana berdasarkan kajian, kebanyakan insiden serangan pengganas yang berlaku di negara itu beberapa tahun lalu telah dilakukan oleh rakyat AS sendiri.

capture
Sumber: www.twitter.com

Kajian yang dikendalikan oleh Terrorism in America After 9/11 mendapati bahawa seramai 190 orang rakyat AS telah didakwa, atau mati semasa melancarkan serangan keganasan sejak tahun 2001.

Angka itu secara jelas menunjukkan bahawa AS lebih cenderung untuk diserang dari dalam oleh rakyatnya sendiri berbanding pendatang (8 orang) dan pelarian (12 orang) yang pernah menyerang negara itu sebelum ini.

Perintah Eksekutif Trump, yang ditandatangani pada hari Jumaat lepas, menyekat kedatangan hampir semua rakyat daripada tujuh buah negara, iaitu Iraq, Syria, Sudan, Iran, Somalia, Libya dan Yemen.

Tetapi, Syria dikenakan tempoh larangan yang lebih ketat dan lama, iaitu sekurang-kurangnya dua tahun manakala 6 buah negara yang selebihnya pula dilarang untuk memasuki AS selama 90 hari.

Bagi golongan pelarian, kedatangan mereka ke AS akan disekat selama 120 hari, manakala kedatangan pelarian daripada Syria pula akan digantung buat selama-lamanya.

capture-2
Sumber: www.independent.co.uk

Berikutan itu, larangan imigresen tersebut mencetuskan demonstrasi besar-besaran di lapangan terbang sekitar AS, lebih-lebih lagi apabila pemegang kad hijau dan pemegang visa yang datang daripada tujuh buah negara itu ditahan, digari dan disoal siasat selama berjam-jam.

Washington merupakan negeri pertama untuk memfailkan saman terhadap Trump berhubung Perintah Eksekutif itu, diikuti dengan Massachusetts, Virginia dan New York.

Menurut Alex Nowrasteh daripada Cato Institute, tiada seorang pun rakyat Amerika yang telah dibunuh oleh mana-mana rakyat yang datang daripada tujuh buah negara itu sejak 41 tahun lalu

Seramai 17 orang daripada beberapa negara tersebut pernah didakwa atas cubaan untuk melancarkan serangan keganasan, tetapi tiada sebarang nyawa yang terkorban.

Dalam tempoh itu juga, tiada sebarang serangan keganasan yang pernah dilancarkan oleh warga Syria ke atas AS.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan baru-baru ini, kemungkinan untuk seorang rakyat Amerika dibunuh oleh pengganas asing dari kalangan pelarian adalah 1 dalam 3.64 bilion dalam setiap tahun.

Maklumat itu juga mendapati bahawa peningkatan jumlah pengganas daripada Egypt, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lebanon dan Arab Saudi berpunca daripada tragedy 9/11.

Selepas tempoh larangan tamat, AS dijangka akan mengambil seramai 50,000 orang pelarian maksimum bagi tahun fiskal 2017.

Sumber: Independent UK
Show More

Related Articles

Back to top button