Gaya Hidup

5 Kesilapan Gambar Profil Yang Menyebabkan Anda Tak Dapat Pekerjaan

Zaman sekarang ini, ia merupakan satu cabaran yang sangat besar untuk mendapatkan pekerjaan. Anda mungkin terkejut, tetapi sebenarnya gambar profil anda juga memainkan peranan utama untuk anda dapatkan pekerjaan yang anda mahukan itu.

  1. Pencahayaan dan latar belakang yang tidak bagus

20150406145944-dos-donts-taking-perfect-linkedin-profile-picture-selfie-mobile-camera-2

Anda mahu penemu duga untuk fokus hanya pada diri anda dan bukannya benda-benda lain atau orang lain yang ada dalam gambar anda itu.

Tentang pencahayaan pula, ianya penting untuk mencari juru gambar professional kerana dia lebih tahu tentang pencahayaan yang betul.

  1. Anda memakai pakaian yang tidak bersesuaian dalam gambar itu

23bc995200000578-0-image-a-48_1417707592806

Pakai apa yang simple tetapi kemas – jangan pakai baju warna-warni dan mencolok mata – dan serasi dengan pemakaian harian anda. Pastikan anda pilih baju yang boleh melambangkan keinginan anda untuk bekerja.

  1. Reaksi muka yang tidak menarik

Young woman making funny faces

Ingat, first impression itu sangat penting – reaksi muka adalah perkara pertama yang orang akan nampak bila melihat gambar anda. Oleh itu, jaga reaksi muka anda supaya tidak kelihatan seperti seseorang yang  fake (palsu) dan terlebih excited.

 

  1. Gambar yang anda gunakan sudah berkurun lamanya

dpnznjuk

Sekiranya anda mahu memohon kerja pada tahun 2017, janganlah guna gambar yang anda ambil pada tahun 2007. Gunakan gambar yang paling terbaru. Sekurang-kurangnya dua tahun dari tahun yang anda mahu memohon kerja, dan juga setiap kali anda membuat perubahan yang besar pada penampilan anda.

 

  1. Gambar anda tidak begitu bagus

Boy making face at camera, portrait

Gambar profil merupakan penentu kepada arah mana temu duga anda akan tuju. Oleh itu, pilih gambar yang boleh mengambarkan identiti anda sebagai seorang yang matang dan jangan pilih gambar yang membuat anda kelihatan seperti budak tingkatan 1.

Sumber: menshealth

Show More

Related Articles

Back to top button