Bisnes & EkonomiGaya Hidup

4 Kebaikan Dalam Mengesan Perbelanjaan Anda

Mencuri sedikit daripada masa hari anda untuk mengira dan memikirkan semula tentang perbelanjaan anda pada hari tersebut mampu mengubah hidup anda dalam cara yang anda tidak akan pernah sangka.

Berikut adalah kebaikannya:

  1. Anda akan mempunyai info yang lebih mendalam terhadap tabiat berbelanja anda

Balancing the Accounts

Dengan cara ini, anda akan dapat melihat trend, mengenal pasti apa yang boleh dikategorikan sebagai satu pembaziran, dan juga mengenal pasti mana-mana perbelanjaan yang tidak sejajar dengan keperluan anda. Lama-kelamaan anda akan mula mempersoalkan keputusan anda perbelanjaan anda sebelum membuat apa-apa pembelian lain.

  1. Anda akan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan pasangan anda

 surprising-perks-to-tracking-your-finances_0

Walaupun anda tidak mahu mengakuinya, ia merupakan satu hakikat yang duit merupakan antara faktor terbesar dalam pergelokan rumah tangga. Oleh itu, luangkan masa bersama pasangan anda untuk bincangkan ke mana kalian mahu menggunakan wang yang ada bersama, tanpa ada sebarang sifat menghukum atau tuduh-menuduh.

  1. Anda akan kurang boros

finance-tracking

Mengesan pembelian anda akan membuat anda mengakui semua pembelian boros yang anda telah lakukan, dan semakin lama anda mengesan mereka, secara semula jadinya anda akan berhenti melakukan perkara sama lagi.

  1. Anda akan rasa lebih yakin dalam mencapai matlamat kewangan anda

bag-and-hands-1024x686

Mereka yang mengesan perbelanjaan akan tahu berapa banyak mereka peroleh, belanja, dan simpan. Oleh itu, apabila mereka berhadapan dengan pemotongan gaji atau perbelanjaan perubatan yang tidak dirancang, mereka tahu apa tindakan yang boleh dilakukan, dan dalam masa yang sama dapat masih dapat berjimat-cermat.

Sumber: Lifehacks

Show More

Related Articles

Back to top button