Gaya HidupKecantikan

Tips Penjagaan Rambut Rebonding

Bagi anda yang telah melalui proses rebonding rambut, anda mungkin mahu membaca artikel ini sampai habis kerana ianya sangat penting sekiranya anda mahu rebonding itu tahan lebih lama.

Oleh kerana rambut yang telah melalui proses rebonding mengandungi lebih banyak rawatan bahan kimia di dalamnya, ia memerlukan perjagaan yang lebih teliti daripada rambut normal. Berikut adalah beberapa tips penjagaannya:

25

  1. Untuk memastikan kesemua bahan kimia yang digunakan betul-betul meresap ke dalam rambut anda, pastikan anda tidak membasahkan rambut sehingga 2-3 hari.
  1. Dalam peringkat awal rambut rebonding, ia akan dengan sangat mudah terbentuk dalam bentuk apa yang ditentukan, oleh itu, jangan ikat atau selitkan rambut pada telinga anda.

1433761904tight_pony

  1. Sentiasa berjaga-jaga dengan kedudukan rambut anda sewaktu tidur kerana anda tidak mahu bangun dengan rambut yang berbentuk sangat pelik.
  1. Selepas 2-3 hari itu, cuci rambut anda dengan syampu dan conditioner. Biarkan conditioner itu pada rambut anda untuk beberapa minit tambahan.

2d48c455-852c-4ef5-af14-3ba7f32d3bc3

  1. Sebaik-baiknya, elak daripada melakukan apa-apa perbezaan yang besar pada rambut anda dalam tempoh 6 bulan. Ini kerana, rambut anda perlu rehat daripada segala bahan kimia yang digunakan tempoh hari.
  1. Elakkan penggunaan alat penjagaan rambut yang panas (seperti pengering rambut).

hair-rebonding-tips-for-before-and-after-rebonding-hair

  1. Gunakan air sejuk untuk cuci rambut anda. Air panas hanya akan menyingkir minyak semula jadi yang rambut anda hasilkan.
  1. Elakkan dari mendedahkan rambut anda kepada faktor-faktor alam sekitar seperti sinaran matahari yang kasar, angin sejuk dan hujan. Gunakan topi atau payung.
  1. Sekiranya rambut anda terkena air hujan, segera cuci rambut anda kerana garam dan bahan-bahan polusi yang ada dalam air hujan itu akan merosakkan rambut anda.

1-5

  1. Pastikan anda cuci kesemua bahan kimia yang ada setelah 2-3 hari itu kerana sekiranya ada tinggal kesan, ia akan menyebabkan kulit anda berasa gatal, gugur dan juga berkelemumur.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker