Amerika SyarikatAntarabangsaIsu SemasaPolitik

5 Golongan Yang Terkesan Dengan Perintah Eksekutif Larangan Imigresen Donald Trump

Langkah berkontroversi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam melaksanakan sekatan imigresen ternyata memberi kejutan dan kesan buruk terhadap ramai pihak, terutamanya rakyat daripada tujuh buah negara Islam utama di dunia iaitu, Syria, Yemen, Iraq, Iran, Libya, Sudan, dan Somalia.

Menurut laporan, seramai 109 orang telah ditahan sejurus tiba di AS, sehari selepas Perintah Eksekutif bergelar “Protecting the Nation From Foreign Terrorist Entry into the United States”, ditandatangani oleh Trump.

Di sini, kami senaraikan kepada anda dengan terperinci golongan-golongan yang terkesan dengan larangan itu buat masa ini.

1. PELARIAN & RAKYAT SYRIA

syrian-refugees-opener-615
Sumber: ngm.nationalgeographic.com

Semua pelarian dilarang untuk memasuki AS, tanpa mengira kewarganegaraan mereka untuk 120 hari, kecuali pelarian daripada Syria, di mana Trump menyifatkan mereka sebagai golongan yang “memudaratkan kepentingan Amerika Syarikat” lalu mengharamkan mereka daripada menjejak kaki ke negara itu sepenuhnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ini termasuk 4.8 juta orang pelarian Syria yang terpaksa melarikan diri daripada negara mereka sejak tahun 2011.

Kali terakhir program pelarian AS dibekukan adalah selepas tragedi serangan 11 September (9/11) 16 tahun lalu selama 3 bulan. Kini, negara itu hanya menerima 50,000 orang pelarian maksimum untuk tahun ini, iaitu setengah daripada had 110,000 orang yang ditetapkan oleh bekas presiden Barack Obama sebelum ini ketika pemerintahannya.

2. RAKYAT IRAQ, IRAN, SOMALIA, LIBYA, SUDAN, YEMEN

capture
Sumber: edition.cnn.com

Rakyat-rakyat daripada kesemua negara tersebut, termasuk pelancong dan pendatang tidak akan diberi visa dan dilarang masuk ke AS selama 90 hari.

3. INDIVIDU YANG MEMPUNYAI 2 KERAKYATAN

556629039dual-citizenship
Sumber: www.adaderana.lk

Hanya sekumpulan individu yang memiliki 2 kerakyatan sahaja yang dilarang untuk memasuki AS. Setakat ini, pegawai-pegawai AS menyatakan bahawa rakyat AS yang mempunyai passport daripada tujuh negara yang diharamkan itu tidak akan terkesan.

British Foreign Office juga menjelaskan bahawa rakyatnya tidak terkesan, tetapi mereka yang datang terus daripada salah sebuah negara itu perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanapun, rakyat daripada negara lain yang memegang satu passport daripada tujuh negara Islam utama itu tidak dibenarkan untuk datang ke AS.

 

 

4. PEMEGANG KAD HIJAU AS

green-card-holder1
Sumber: smalawyers.com

 

Pemegang-pemegang kad hijau Amerika Syarikat disahkan tidak terkesan dan menurut Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly, kemasukan “penduduk tetap yang sah” ini adalah di dalam “kepentingan negara”.

Namun, Ketua Kakitangan Rumah Putih, Reince Priebus menegaskan bahawa pemegang kad hijau daripada tujuh negara berkenaan akan menjalani pemeriksaan yang lebih ketat.

5. PEMEGANG VISA

us-f1-visa-duration
Sumber: examswatch.com

Semua pemegang visa yang datang daripada tujuh buah negara yang disebutkan itu tidak dibenarkan untuk memasuki AS, melainkan mereka mempunyai visa diplomatik atau visa kepada institusi antarabangsa seperti PBB atau NATO.

Sumber: Sky News
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker