Gaya HidupMakan & Minum

Bingsu: Pencuci Mulut Korea Yang Enak Dan Menyegarkan

Bingsu merupakan sejenis pencuci mulut dari Korea yang rupa dan sifatnya lebih kurang sama macam ais batu campur (ABC) kita di Malaysia.

Seperti ABC juga, bingsu ini datang bersama dengan ais yang dikisar, tetapi, apa yang membuat ia sangat berbeza dan menarik adalah, daripada menggunakan ais batu kosong, mereka sebaliknya menggunakan ais susu!

9886277_bing-go-gandaria-city-jakarta_te3522ec

Dengan menggunakan ais susu sebagai asas, membuatkan rasa bingsu itu lebih lemak berkrim dan kaya dengan rasa yang anda tak pernah rasa sebelum ini.

Kat mana anda boleh dapat bingsu-bingsu yang sedap macam ni? Salah-satu kedai yang sedap team kami pernah cuba adalah di Hanbing, IOI City Mall, Putrajaya!

img_5864-2-t

Di Hanbing, antara pilihan bingsu yang mereka tawarkan adalah perisa injeolmi(kek beras Korea), green tea, oreo, blueberry cheese, dan kegemaran kami (yang kami sarankan anda untuk wajib cuba) perisa mango mereka.

image-php

Kesemua perisa yang ditawarkan dijamin akan melegakan suhu badan anda pada hari yang panas dengan rasa mereka yang cukup menyegarkan itu.

Sekiranya anda fikir yang Hanbing ini hanya menawarkan pencuci mulut, anda silap kerana mereka turut menawarkan menu hidangan savori yang tidak kurang kualiti dan sedapnya.

14582269_1283724818352931_7031801142266822656_n

Pendek kata, Hanbing ini sangat sesuai untuk dijadikan salah-satu ‘pot lepak’ anda dan kawan-kawan kerana anda boleh dapat dua benda dalam satu tempat; makanan yang berkualiti dan pencuci mulut yang istimewa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button