Gaya HidupHiburan

5 Filem Yang Pelajar Major Sastera Bahasa Inggeris Perlu Tengok

Dengan menonton kelima-lima filem ini, mungkin boleh membantu anda untuk menerima ijazah dengan lebih mudah (atau mungkin with flying colours).

  1. Pride and Prejudice (Edisi siri BBC)

sub-buzz-9677-1483644712-1

Bagi anda yang suka berfikir secara kritikal dan mudah untuk hadam apa yang anda pelajari, Pride and Prejudice merupakan antara pilihan filem yang wajib anda tonton. Edisi ini dianggap sebagai versi yang terbaik berbanding kebanyakan adaptasi yang lain.


  1. Arranged

sub-buzz-30374-1483054182-7

Sekiranya anda merupakan pelajar yang minat menganalisis maklumat secara kritikal dan gemar menyampaikan perspektif yang berbeza, filem ini akan mengasah lagi minda anda.

Ia mengisahkan dua orang guru sekolah rendah dalam usaha menjawab soalan seorang pelajar mengenai sama ada mereka boleh atau tidak berkawan dengan mereka yang mempunyai perbezaan dalam Ortodoks Yahudi dan ajaran Muslim.


  1. Macbeth

sub-buzz-21153-1482953632-3

Perkara wajib yang dipelajari untuk pelajar sastera adalah karya-karya dari Shakespeare. Nilai-nilai filem ini yang mempunyai suasana ngeri, sinematrografi yang indah, dan lakokan yang cemerlang daripada Michael Fassbender dan Marion Cotillard ini membuatkan ia antara filem yang wajib ditonton.


  1. Prince Among Slaves

sub-buzz-31580-1483054372-10

Tajuknya sendiri sudah menceritakan banyak makna-makna yang tersirat mengenai filem ini. Sekiranya anda memerlukan pandangan unik yang baru, tontonlah filem ini.

Dokumentari ini meliputi kehidupan Abdul Rahman, seorang putera Islam yang telah dijual menjadi hamba oleh musuh suku Afrika mereka pada abad ke-18. Empat puluh tahun kemudian, dia mendapat kebebasannya, menjadi seorang selebriti, dan juga berpeluang untuk makan di Rumah Putih.


  1. The Words

sub-buzz-916-1483054226-3

Jika anda seorang pelajar major sastera Bahasa Inggeris yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, filem ini akan memberi pengajaran kepada anda bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang baik.

Ia mengisahkan seorang penulis yang berjaya yang menceritakan kisah seorang penulis muda yang bercita-cita tinggi dan memplagiat manuskrip dari penulis lain.

Sumber: Buzzfeed

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button