Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Roti Bakar Yang Terlebih Dimasak Merupakan Penyebab Kanser?

Saintis makanan telah memberi amaran bahawa makanan berkanji seperti roti dan kentang perlu dimasak secara kuning keemasan, dan bukannya sampai perang atau hampir hangus, untuk mengurangkan pengambilan bahan kimia yang berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan kanser.

landscape-1485184274-landscape-1485163843-toast
Bahan kimia akrilamid dihasilkan apabila makanan berkanji dibakar, digoreng atau dipanggang terlalu lama pada suhu yang tinggi, dan penyelidikan sebelumnya telah mendapati bahawa ia merupakan toksik kepada DNA haiwan.

Walaupun terdapat jurucakap pengkaji kanser berkata bahawa penemuan itu masih belum dapat dilihat mempunyai sebarang kaitan dengan manusia, Food Standards Agency mengesyorkan untuk mengikuti arahan memasak berhati-hati dan mengelakkan pemerangan.

potato-fridgeFSA itu juga memberi amaran terhadap penyimpanan kentang di dalam peti sejuk, kerana tahap gula dalam sayur-sayuran akan meningkat pada suhu yang sejuk, dan ini boleh meningkatkan pengeluaran akrilamid semasa memasak.

Bahan kimia semula jadi – dibentuk oleh tindak balas antara asid amino dan gula – didapati dalam makanan berkanji yang telah dimasak pada suhu 120ºC, seperti roti, kerepek, bijirin sarapan, kek, biskut dan kopi.

Namun, FSA tidak pasti bagaimana dan seberapa kuat akrilamida boleh menjadi berbahaya kepada manusia, tetapi telah dinasihatkan bahawa makanan yang mempunyai kanji yang tinggi perlu dimasak hingga kuning keemasan.

Ingat, semakin hitam makanan itu dimasak, semakin banyak akrilamid akan muncul. Selain itu, jangan lupa bahawa dengan menyimpan kentang mentah di tempat yang sejuk dan gelap pada suhu 6ºC juga akan meningkatkan kemunculan akrilamid.

Sumber: Woman’s Day

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker