Gaya HidupSukan

Perlukan Motivasi Untuk Bersenam?

Penyelidikan terkini telah memberi amaran bahaya yang datang dengan gaya hidup yang tidak aktif, tetapi semua orang tahu yang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah satu perkara yang sangat susah untuk sesiapa sahaja.

Jika anda sedang berusaha mencari motivasi untuk bersenam, ini merupakan berita terkini mengenainya yang boleh membantu anda.

fitness-models-for-digital-tv-networkMenurut satu kajian baru dari Pusat Pengajian Komunikasi Annenberg, memperkenalkan sedikit persaingan sihat ke dalam rutin kecergasan anda akan membuat anda mahu bersenam lebih sedikit.

Penyelidik membuat penemuan ini selepas mereka meminta 800 orang untuk mendaftar pelan senaman yang dipanggil PennShape, yang mempunyai laman media sosial bersama-sama dengannya.

Bagi mengetahui bagaimana jenis interaksi sosial yang berbeza mampu mempengaruhi tahap senaman, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan: persaingan secara individu, pasukan sokongan, pertandingan berpasukan, dan kumpulan kawalan.

Keputusannya, persaingan mampu memotivasi peserta untuk bersenam dengan lebih tinggi. Kadar penyertaan adalah 90 peratus lebih tinggi dalam kumpulan yang kompetitif berbanding dengan kumpulan kawalan, yang telah diberi ganjaran atas kejayaan setiap individu.

fitness

Damon Centola, pengarang kanan penyelidikan ini telah meringkaskan penemuan mereka:

“Kumpulan yang mempunyai persaingan membina hubungan dari segi penetapan matlamat oleh ahli-ahli yang paling aktif,”katanya. “Hubungan ini membantu untuk memberi motivasi kepada senaman mereka kerana mereka memberi harapan yang lebih tinggi kepada orang lain untuk tahap prestasi mereka sendiri.

Sumber: goodhousekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button