AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Thailand: Pemimpin Baju Merah Gesa Kumpulan Politik Untuk Berdamai

Awal minggu ini, pemimpin utama kumpulan Baju Merah Thailand, Jatuporn Prompan menyuarakan sokongannya terhadap usaha kerajaan untuk mencapai perdamaian di kalangan kumpulan-kumpulan politik yang tidak sehaluan, di mana ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum negara itu berlangsung.

Jatuporn yang juga presiden Barisan Bersatu Bagi Menentang Diktator (UDD), menyatakan bahawa kumpulannya inginkan negara Thailand untuk bergerak kehadapan daripada terus terperangkap dalam “bulatan konflik”.

Beliau juga bersedia untuk menandatangani perjanjian bersama parti-parti politik berkonflik yang lain untuk mengakhiri perselisihan di antara mereka seperti mana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam usaha perdamaian.

“Saya tidak mahu cadangan perdamaian ini untuk ditangguhkan lagi seperti sebelum ini,” katanya sambil menambah bahawa semua pihak perlu dilayan dengan adil demi mencapai keputusan yang diinginkan.

Ujarnya lagi, masalah yang sama akan berulang lagi pada pilihan raya yang bakal diadakan sekiranya mereka tidak mencapai perdamaian yang telah dicadangkan.

Beliau berkata demikian di sebuah majlis yang diadakan di ibu pejabat UDD, di mana pemimpin-pemimpin utama saling berkongsi pandangan mereka berhubung usaha perdamaian bersama peguambela, Gothom Arya, yang juga penasihat kanan daripada Mahidol University Institute for Human Rights and Peace Studies.

Jatuporn baru-baru ini dibebaskan daripada tahanan dengan jaminan kerana mengalami masalah kesihatan semasa penahanannya di Penjara Reman Bangkok.

Berbalik pada isu mengecapi perdamaian, Gothom menyatakan bahawa sifat saling menghormati antara satu sama lain diperlukan sebelum pihak-pihak yang berkonflik memulakan perbincangan mereka berhubung usaha perdamaian.

Gothom juga menyeru kepada kumpulan-kumpulan politik supaya tidak menyalahkan antara satu sama lain ataupun memulakan sebarang bentuk ucapan berbaur kebencian.

“Setiap pihak perlu diberi kebenaran untuk meluahkan pandangan mereka tanpa halangan,” katanya.

Gothom turut mencadangkan supaya satu sesi perdebatan nasional diadakan bagi semua pihak yang terlibat, di mana idea mereka mungkin boleh diguna pakai untuk membantu mengembalikan ikatan persahabatan.

Bagi bekas Senator, Singchai Thung-thong pula, beliau berpandangan bahawa golongan yang berkuasa harus ikhlas untuk mencapai perdamaian, dengan berkata: “Apa yang kita boleh lakukan hari ini adalah untuk mencipta suasana yang sesuai untuk perdamaian.”

Akhir sekali, Singchai menggesa supaya jangan ada unsur pilih kasih atau berat sebelah berhubung kes-kes politik di negara itu.

Sumber: Asia News Network 
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button