Gaya HidupKesihatan

Ini Adalah Waktu Yang Paling Biasa Untuk Kena Selesema

Pernah tak anda fikir mengapa kebanyakan orang di tempat kerja anda kadang-kadang akan jatuh sakit pada masa yang sama setiap tahun? Ternyata ada cara untuk meramal bila kemungkinan anda akan mendapat selesema, dan semuanya bergantung dengan cuaca.

Serious businesswoman in protective mask looking at screen of laptop in working environment

Dalam kajian pada November 2016 yang disiarkan dalam Journal of Clinical Virology, penyelidik dari University of Gothenburg di Sweden mengambil lebih daripada 20,000 sampel swab hidung orang yang menerima rawatan perubatan selama tiga musim.

Apabila data-data itu dibandingkan dengan statistik cuaca dari tempoh masa yang sama, satu trend yang jelas telah muncul: wabak selesema akan naik mendadak apabila suhu mula menurun.

Ya, ia ternyata bahawa penurunan suhu yang mendadak adalah tanda bahawa selesema akan datang melawat anda.

Para penyelidik mendapati bahawa wabak selesema cenderung untuk berlaku kira-kira seminggu selepas cuaca paling sejuk pertama tahun itu muncul, disertai dengan udara kering dan suhu yang rendah.

“Kami percaya bahawa penurunan suhu tiba-tiba ini akan menyumbang kepada permulaan kepada wabak ini,” kata penyelidik Nicklas Sundell dalam satu kenyataan.

“Apabila wabak ini bermula, ia akan berterusan walaupun suhu sudah mula kembali meningkat. Apabila seseorang itu mula sakit maka banyak lagi akan boleh berjangkit dengannya.”

1484931895-landscape-1484852508-woman-with-cold
Ia tidak begitu jelas mengapa cuaca sejuk seolah-olah akan memulakan wabak selesema secara tahunan, tetapi penyelidik itu masih mempunyai teori kepada kejadian ini: Apabila udara sejuk dan kering, zarah aerosol kepada virus selesema akan mula berjalan dan merebak dengan lebih mudah.

Jadi, jika anda tinggal di kawasan yang secara kebiasaanya lebih sejuk daripada tempat lain, pastikan untuk mula mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk membasuh tangan dengan kerap, dan sentiasa menutup mulut anda apabila batuk atau bersin.

Sumber: womansday

Show More

Related Articles

Back to top button