AntarabangsaIsu Semasa

Kenali “The Trumps”, Keluarga Pertama Amerika Syarikat

Pada 20 Januari minggu lepas, jutawan hartanah, Donald Trump telah mengangkat sumpah dan secara rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.

Seluruh dunia sangat mengenali beliau sebagai ahli perniagaan yang terkemuka dan bekas bintang realiti TV, lagi-lagi dengan slogan popularnya “You’re Fired” yang sering dinyatakan dalam rancangan realitinya bernama The Apprentice ketika menyingkirkan peserta.

Namun, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui siapa ahli keluarga pemimpin Republikan ini yang kini menjadi “First Family” (Keluaga Pertama) di AS berikutan pelantikan beliau sebagai presiden.

Di sini, kami senaraikan kepada anda barisan ahli keluarga Trump yang mungkin anda tidak pernah tahu.

1. MELANIA TRUMP

melaniatrump_010616douglasfriedman
Sumber: qpolitical.com

Melania Trump merupakan seorang bekas model kelahiran Slovenia, isteri ketiga Donald Trump dan kini Wanita Pertama Amerika Syarikat. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada bulan Januari 2005 dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Pada Julai 2016, Melania menjadi ‘tumpuan’ seluruh dunia selepas memberi ucapan di Konvensyen Kebangsaan Republikan, di mana beliau didakwa meniru ucapan yang diberi oleh Michelle Obama pada tahun 2008.

Selain itu, dalam satu temubual bersama CNN, Melania ditanya apa yang ingin beliau tukar tentang suaminya, dan respon beliau adalah “Tweet-nya”.

2. IVANKA TRUMP

ivanka-trump
Sumber: mymorningroutine.com

Ivanka Trump adalah anak Donald Trump yang paling dikenali ramai dan satu-satunya anak perempuan hasil daripada perkahwinan bersama isteri pertamanya, Ivana. Kini memegang jawatan naib-presiden di Trump Organization, beliau juga pernah menjadi model dan juri di dalam rancangan realiti ayahnya, The Apprentice.

3. JARED KUSHNER

Mandatory Credit: Photo by Stephen Lovekin/REX/Shutterstock (5669122sq) Jared Kushner and Ivanka Trump The Metropolitan Museum of Art's COSTUME INSTITUTE Benefit Celebrating the Opening of Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology, Arrivals, The Metropolitan Museum of Art, NYC, New York, America - 02 May 2016
Sumber: variety.com

Jared Kushner adalah suami Ivanka Trump dan anak kepada seorang pemaju hartanah terkemuka di New York. Kushner juga merupakan pemilik syarikat akhbar mingguan bernama Observer.

Kushner, seorang penganut Judaisme, dilaporkan pernah mencetuskan kemarahan ahli keluarganya sendiri apabila beliau menulis pembelaan berhubung penggunaan Star of David oleh Donald Trump di dalam sebuah tweet yang menyerang Hillary Clinton.

Menulis di dalam akhbarnya sendiri, beliau berkata: “Bapa mertua saya bukan seorang yang anti-semitik. Perbezaan diantara saya dan wartawan dan orang-orang di Twitter yang merasa begitu mudah untuk menolak bapa mertua saya adalah mudah. Saya kenal dia dan mereka tidak,” katanya.

Sekarang, Kushner dilantik untuk berkhidmat sebagai salah seorang penasihat kanan Trump di Rumah Putih.

4. TIFFANY TRUMP

tiffany_trump_rnc_speech_h_2016
Sumber: www.hollywoodreporter.com

Tiffany Trump adalah anak perempuan Donald Trump hasil perkahwinannya bersama isteri keduanya, Marla Maples, seorang bekas pelakon dan personaliti TV.

Tiffany merupakan seorang pengguna media sosial yang tegar, di mana segala posting beliau menunjukkan kehidupannya yang mewah. Walau bagaimanapun, beliau kekal low-profile semasa kempen pilihan raya ayahnya sedang berlangsung.

5. BARRON TRUMP

barron-trump-1
Sumber: www.inquisitr.com

Satu-satunya anak Donald Trump bersama Melania, Barron Trump yang berusia 10 tahun kadang kala turut hadir sepanjang kempen pilihan raya ayahnya, tetapi jarang menonjolkan diri pada kebanyakan waktu.

Beliau gemar bermain golf bersama Donald Trump dan juga dilaporkan fasih berbahasa Slovenia, iaitu bahasa asal ibunya.

6. DONALD TRUMP JR

donald-trump-jr
Sumber: www.conservativereview.com

Memegang jawatan naib presiden eksekutif di dalam Trump Organization, Donald Trump Jr adalah anak sulung jutawan hartanah itu hasil perkahwinan bersama Ivana.

Abang kepada Ivanka dan adik lelakinya Eric, Trump Jr juga seorang individu yang berkontroversi kerana hobinya yang gemar memburu binatang.

Beliau dan adiknya itu dikecam teruk lagi-lagi selepas mengambil gambar bersama haiwan yang telah dibunuh termasuk harimau bintang dan buaya.

Di dalam gambar yang tersebar luas itu, Trump Jr turut dilihat memegang ekor gajah yang telah terputus.

7. ERIC TRUMP

101415_otr_son
Sumber: insider.foxnews.com

Eric Trump adalah anak ketiga dan adik bongsu kepada Ivanka dan Donald Trump Jr. Sama seperti adik beradiknya yang lain, Eric juga memegang jawatan naib presiden eksekutif di Trump Organization.

Selain itu, beliaut turut memegang jawatan presiden Trump Winery di Virginia dan menyelia semua kelab golf milik bapanya. Pada tahun 2006, Eric menubuhkan yayasannya sendiri bernama Eric Trump Foundation dan telah berjaya mengumpul AS$28 juta untuk penyelidikan hospital bagi membantu kanak-kanak yang menderita akibat penyakit-penyakit yang mengancam nyawa.

8. LARA YUNASKA

img_1035
Sumber: www.theapricity.com

Bekas penerbit televisyen dan seorang ekuestrian, Lara Yunaska merupakan isteri kepada Eric Trump. Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 2014 dan masih belum mempunyai cahaya mata sehingga ke hari ini.

Yunaska turut memainkan peranan di dalam Trump Foundation, di mana ia dikatakan sebagai badan amal swasta yang terbesar di Amerika Syarikat.

9. VANESSA TRUMP

rs_600x600-140121162313-600-vanessa-trump-donald-trump-jr-ls-12114
Sumber: www.eonline.com

Vanessa Trump mendirikan rumah tangga bersama Donald Trump Jr pada tahun 2005 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Beliau sebelum ini pernah menjadi model pada zaman kanak-kanaknya dan juga pernah menjadi teman wanita bintang Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio.

Kini, Vanessa adalah ahli jawatan kuasa eksekutif di yayasan adik iparnya, Eric Trump Foundation.

Sumber: BBC

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button