FesyenGaya HidupKecantikan

3 Tips Menggayakan Rambut Dengan Mudah Untuk Si Pemalas

Penjagaan rambut adalah sesuatu yang amat sukar dan memerlukan perhatian dan kerja yang sangat teliti untuk mengendalikan mereka. Tetapi kalau anda dalam keadaan tergesa-gesa, tentu tiada masa untuk melakukannya.

Oleh itu, berikut adalah 3 cara mudah yang anda boleh cuba untuk gayakan rambut anda:

  1. Rambut Wavy 5 minit

hair-hack-1-5-minute-beach-waves

Teringin nak gaya rambut wavy dan penuh dengan volume macam kebanyakan orang-orang yang pergi ke salon mahal-mahal dapat?

hair-hack-1-5-minute-beach-waves-2

Apa yang anda perlukan adalah pengering rambut dan hair spray kegemaran anda. Belah dua rambut anda, dan pusingkan setiap belah jauh sikit dari muka anda. Kemudian pasang pengering rambut dan blow selama lima minit.


  1. Hapuskan Rambut Yang Tidak Kemas

hair-hack-2-flyaway-fighterg

Jangan salah faham, maksud kami hapuskan di sini bukanlah supaya anda cabut atau gunting rambut-rambut yang degil dan yang selalu terpacak tu, tapi cuma kemaskan sahaja.

g

Untuk melawan masalah ini, anda hanya perlukan berus makeup (kalau ada kabuki brush lagi bagus) dan hair spray. Semburkan sedikit hair spray itu pada berus makeup anda dan sapu rata pada rambut-rambut yang degil tu. Dengan tips ini, anda akan dapat gaya rambut yang lebih sleek dan elegen.

hair-hack-2-flyaway-fighter


  1. Gaya Rambut Tocang Tanpa Meninggalkan Bekas Getah Rambut

Siapalah tidak pernah alami masalah rambut yang paling terkenal ni bila kita ikat rambut tocang – mesti akan tinggal kesan lengkuk yang hodoh disebabkan getah rambut yang digunakan.

e

Bagi masalah ini, anda hanya perlukan rambut anda sendiri sebagai getah (bonus bukan? Lain kali tak payah susah-susah nak cari getah rambut dah). Ambil dua belah rambut yang dekat dengan telinga anda dan ikat mereka pada rambut yang anda ingin ikat tocang itu. Untuk membuat mereka lekat dan lebih kekal, gunakan bobby pin.

hair-hack-3-crease-ponytail

Sumber: Popsugar

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker