10. Diddy ($ 62 juta)
Sebahagian besar daripada pendapatannya adalah hasil daripada kolaborasi dengan vodka cîroc Diageo. Selain itu, terdapat beberapa lagi projeknya yang tidak melibatkan muzik.
9. Calvin Harris ($ 63 juta)
Beliau merupakan DJ yang mempunyai pendapatan tertinggi di dunia; Beliau menerima sejumlah besar pendapatannya daripada gig-gig di Las Vegas, dan juga daripada lagu terkenalnya seperti “This Is What You Came For”.
8. Rolling Stones ($ 66.5 juta)
Walaupun mereka telah lama bergiat dalam dunia muzik, itu tidak menghalang mereka untuk tersenarai dalam senarai ini.
7. AC / DC ($ 67.5)
Kumpulan lagenda ini dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula pada tahun ini.
6. Garth Brooks ($ 70 juta)
Beliau dikatakan akan membuat lebih banyak persembahan pada tahun 2017.
5. Rihanna ($ 75 juta)
Selain daripada mempunyai kebanyakan lagu-lagunya tersenarai dalam senarai Billboard, beliau juga mencipta rekod berdasarkan kontraknya bersama jenama-jenama terkenal seperti Dior, Puma, Samsung, dan Stance.
4. Madonna (76.5 juta)
Tour “Rebel Heart” nya telah mendapat keuntungan sebanyak $ 170 juta, menjadikan jumlah keseluruhan kerjayanya sebanyak $1.4 bilion sebelum cukai; beliau turut membuat berjuta-juta wang tambahan daripada menjual minyak wangi dan pakaian.
3. Adele ($ 80.5 juta)
Beliau memperoleh sebahagian daripada pendapatannya daripada jualan albumnya dan juga daripada pertunjukan di arena.
2. One Direction ($ 110 juta)
Mereka merupakan band lelaki yang mempunyai pendapatan tertinggi di dunia – mendapat sebanyak $ 200 juta lebih untuk tour On The Road Again mereka – pendapatan yang lebih tinggi daripada mana-mana band yang aktif.
1.Taylor Swift ($ 170 juta)
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk melihat wanita muda ini untuk berada di tangga nombor satu. Selain daripada hit-hit dan kesemua tournya yang berjaya, beliau turut menambah berjuta-juta lagi pendapatan tambahan daripada kontraknya kepada jenama-jenama seperti Keds, Diet Coke, dan Apple.
Sumber: Forbes