FesyenGaya Hidup

Wanita Pertama Melania Trump: Fesyen Terbaik Beliau Di Sepanjang Kempen Presiden AS

Dalam keputusan yang mengejutkan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat November 2016 lalu, Donald Trump memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat. Akan tetapi artikel ini bukan untuk menceritakan tentang Presiden, pada segmen  fesyen kali ini,  kita berikan tumpuan kepada Wanita Pertama, Melania Trump – gaya fesyen beliau sepanjang kempen pilihan raya suaminya .

Walaupun tempoh perkhidmatan beliau sebagai wanita pertama akan digunakan untuk membanteras gejala buli siber dan melibatkan diri dengan isu-isu kesihatan wanita, ia juga akan mempunyai banyak detik-detik fesyen  yang eksklusif dan elegan. Jika gaya fesyennya waktu kempen Presiden merupakan satu petunjuk, gaya fesyennya pada masa akan datang akan membuatkan ramai mengikuti wanita yang berasal dari Slovenia ini.

Imej Kredit: Chip Somodevilla / Getty

Wanita Pertama Melania Trump telah mengambil sedikit gaya pakaian pada pusingan akhir perbahasan  Hillary Clinton tetapi menghasilkan gayanya yang tersendiri  dengan memakai jumpsuit  putih dari Ralph Lauren ketika  ucapan perhimpunan Trump di Hotel Hilton, Manhattan, New York.

Imej Kredit: Chip Somodevilla/Getty Images)
Imej Kredit: Chip Somodevilla/Getty Images)

Pada hari pilihan raya beliau menuju ke pusat membuang undi dengan memakai sheath dress paras lutut bersama kot di berwarna coklat pasir dibahunya disertakan dengan butang besar. Kita dapat lihat bahawa beliau amat gemar  memakai pakaian berwarna putih bersih.

Imej Kredit: Alex wong/Getty

Melania menyampaikan ucapan solo pertamanya di  Konvensyen Kebangsaan Republikan dengan memakai blaus merah jambu lengan loceng bersama skirt putih pensel. Beliau kelihatan sangat anggun dalam pakaian merah jambu ini.

Imej Kredit: Spencer Platt/Getty Images

Beliau yang amat mengemari gaya yang anggun, menggayakan  body-skimming dress yang berwarna  hitam berserta lace di  lengannya dan pada bahagian belakang yang terbuka rendah ketika menghadiri  makan malam Memorial Alfred E. Smith di New York.

Imej Kredit: Chip Somodevilla
Imej Kredit: Chip Somodevilla

Pada perdebatan pusingan akhir presiden, Melania memilih pakaian  yang berwarna gelap dengan menggayakan jumpsuit hitam Ralph Lauren bersama  tali pinggang yang luas dan  jika anda melihat dengan teliti, terdapat satu lagi gaya pussy-bow pada pakaiannya.

Imej Kredit: Courtesy CNN
Imej Kredit: Courtesy CNN

Dalam satu temu bual bersama Anderson Cooper di CNN, Melania memilih dress yang simple berwarna putih tanpa lengan bersama kasut tumit runcing berwana hitam.

Patrick Semansky)
Imej Kredit: Patrick Semansky/AP

Blaus ini telah menjadi bualan hangat di internet kerana blaus pussy-bow, sutera crepe de Chine yang Melania gayakan ini berharga $ 1,100 dari Gucci. Blau ini dipakai pada perbahasan kedua presiden di St Louis.

Kiri: Melania Trump Kanan: Heidi Klum Imeh Kredit: Getty Images

Pada perdebatan pertama presiden, Melania memakai dress bahu jatuh yang berharga $ 2645 dari Roland Mouret. Ini adalah fesyen sama yang pernah digayakan oleh Heidi Klum dalam rancangan Good Morning America.

Imej Kredit:EPA

Beliau menarik perhatian pada kempen presiden Trump di Konvensyen Kebangsaan Republikan dengan menggayakan dress lengan loceng berwarna putih yang berharga $ 2,190 dari Roksanda. Gaya ini sebenarnya diambil semula dari gaya fesyen   Joyce Beatty, seorang wanita kongres Demokrat dari Ohio semasa Konvensyen Kebangsaan Demokratik.

President-elect Donald Trump and his wife Melania walk out together after attending church service at St. John's Episcopal Church across from the White House in Washington, Friday, Jan. 20, 2017. (AP Photo/Pablo Martinez Monsivais)
Imej Kredit: AP Photo/Pablo Martinez Monsivais

Pada hari perasmian Presiden Donald Trump , semua mata memandang ke arah ahli wanita keluarga Trump dan ternyata pilihan fesyen elegan mereka tidak mengecewakan.

Melania Trump memilih pakaian biru serbuk dan memadankan kot dari pereka Ralph Lauren untuk acara-acara pada hari itu. Wanita Pertama memasangkan jaket bersama kasut stilettos tajam dan sarung tangan kulit untuk melengkapkan lagi rupa monokromatiknya .

Jika dilihat kembali gaya rambutnya yang diikat ‘bun’ panjang kebelakang, Puan Trump membawa kembali gaya  Jacqueline Kennedy ketika perasmian suaminya pada tahun 1961.

Apa sahaja yang bakal hadir dalam kedudukannya sebagai Wanita Pertama, satu perkara adalah jelas, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar dan  gaya fesyennya akan dibandingkan dengan Michelle Obama.

Jadi gaya fesyen Melania  yang manakah menjadi kegemaran anda?

Sumber: People Style
Show More

Related Articles

Back to top button