Gaya HidupMakan & MinumPercutian

My French Factory: Kedai Pencuci Mulut Dari Perancis

Sekarang ni memang susah nak mengembara ke luar negara, tambah-tambah lagi negara berprestij macam Perancis kan?

 Jika anda peminat makanan yang tegar, mesti sedih kalau tak dapat pergi Perancis untuk makan dessert hebat-hebat yang ada kat sana kan?

Tak payah pergi jauh-jauh, kerana kami ada pilihan lain untuk anda, demi anda dapat merasa pencuci mulut yang sedap buatan orang Perancis sendiri!

Langkawi lah destinasi anda yang seterusnya! Orang kata jalan-jalan cari makan, jadi sambil-sambil pergi makan makanan yang sedap-sedap dekat Langkawi tu, bolehlah berjalan dekat tempat lawa-lawa yang ada dekat sana sekali.

            img_1395      img_1398

Apa yang sangat menarik tentang kedai ini adalah, kedai yang jual crepe ini dimiliki oleh dua pasangan yang datang dari Perancis – anda boleh teka sendirilah setinggi mana tahap kesedapan pencuci mulut air tangan mereka ni kan?

Di kedai ini, memang banyaklah pilihan crepe yang anda boleh pilih di dalam menu mereka. Ada crepe yang berperisa Kinder, ada yang berperisa Toblerone, ada dan ada juga crepe yang mempunyai kombinasi bermacam perisa, contohnya crepe Nutella+bananas+fresh coconut+ice cream.

img_1402

Selain daripada crepe, mereka turut tawarkan beberapa item lain dalam menu mereka seperti waffle dan juga variasi air-air yang sangat fresh rasanya!

img_1391

img_1393

Selepas anda selesai menikmati hidangan mereka, anda boleh terus pergi jalan-jalan ke Pantai Cenang atau pun ke Cenang street kerana kedai My French Factory ini terletak betul-betul di dalam Cenang.

img_1397

Show More

Related Articles

Back to top button