Gaya HidupKesihatan

Pekerjaan Anda Yang Penuh Dengan Tekanan Itu Mungkin Akan Menyebabkan Kanser

Berdasarkan penyelidikan baru yang diterbitkan dalam jurnal Preventive Medicine, lelaki yang mengalami tekanan yang terlalu kuat dengan kerja mereka mungkin lebih cenderung untuk mendapat kanser tertentu.

Saintis telah mengkaji 3,103 orang lelaki yang telah disahkan menghidap kanser, dan 512 lelaki sihat sebagai kawalan.

stress-to-cancer-v2-jpg

Mereka mendapati bahawa orang-orang yang terlibat dengan tekanan bekerja yang lebih tinggi, mungkin didiagnosis dengan kanser paru-paru, usus besar, rektum, perut dan juga limfoma bukan Hodgkin.

Kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada kaitan dengan peningkatan risiko kanser untuk lelaki yang bekerja dalam persekitaran yang penuh dengan tekanan selama 15 tahun berbanding mereka yang berada dalam bidang itu selama 15 hingga 30 tahun.

Dalam kajian itu, pekerjaan yang paling tertekan adalah bomba, jurutera industri, jurutera aeroangkasa, fomen mekanik, dan pekerjaan yang berkaitan dengan pembaikian kenderaan dan peralatan kereta api, kata PsychCentral.com.

dpt_nomex_firefighter-apparel_photo_content_1

Tetapi ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tekanan kerja datang dari pelbagai sumber, dan ini membuktikan bahawa banyak jenis pekerjaan boleh menjadi risiko. Para peserta telah menyenaraikan permintaan yang tinggi dan tekanan masa, isu-isu kewangan, dan keadaan kerja yang berbahaya sebagai punca tekanan kerja.

Namun, para penyelidik tidak dapat memastikan sama ada tekanan itu sebenarnya mampu menyebabkan kanser. Ada kemungkinan bahawa lelaki yang didiagnosis dengan kanser lebih cenderung untuk lebih melapor tentang keadaan tekanan di tempat kerja.

Tetapi kajian itu tetap menimbulkan beberapa persoalan-persoalan yang penting dan bahawa menurunkan tekanan anda merupakan satu tindakan yang bagus untuk mengurangkan risiko itu.

Sumber: Men’s health Meg

Show More

Related Articles

Back to top button