FesyenGaya HidupHiburanIsu SemasaTempatan

Batik Madu Tiga Dijangka Akan Menjadi Pilihan Orang Ramai Tahun Ini

Nur Shaadah Kamaruddin, Pereka Fesyen Kraftangan Malaysia telah mempromosikan rekaan batik terkini mereka yang dikenali sebagai Batik Madu Tiga dan menurutnya, ia akan menjadi satu trend batik baru pada tahun 2017 ini.

Batik Madu Tiga yang bercorak tiga lapis ini merupakan antara inovasi Kraftangan Malaysia dalam usaha mempelbagaikan jenis rekaan batik dan ia telah pun dimulakan sejak tujuh bulan lagi.

Oleh sebab proses pencetakan batik ini pada kain kapas, sifon, satin atau crepe memerlukan tiga kali cetakan blok serta mengambil masa hampir dua hari untuk disiapkan bagi sehelai kain, ia dianggap sebagai lebih rumit daripada menghasilkan batik biasa.

Disebabkan penghasilan coraknya yang lebih padat itu dicampur dengn teknik canting, ia dikatakan akan dijual dengan harga yang lebih mahal.

Kain batik terbaru yang unik ini dikatakan akan dijual dengan harga RM250 hingga RM400 untuk empat meter dan bergantung kepada jenis kain yang dipilih, iaitu sama ada kapas, sifon, satin atau crepe.

Selain daripada menghasilkan ia sebagai pakaian harian, Kraftangan Malaysia turut mengeluarkan beberapa produk aksesori dengan menggunakan batik tersebut. Antara produknya termasuk beg, alas meja dan sarung bantal.

Inovasi terbaru ini telah pun dipamerkan menerusi Festival Kraf Johor (FKJ) 2016 yang telah berlangsung di Plaza Angsana pada 15 hb Disember tahun lepas.

Walau bagaimanapun, demi mempromosikan batik ini dengan lebih lanjut, ia akan dipamerkan pada Hari Kraf Kebangsaan yang bakal berlangsung akhir Februari nanti.

Sumber: Astroawani

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button