FesyenGaya HidupKecantikanKesihatan

Apa Jadi Pada Rambut Lelaki Ini Setelah 5 Tahun Tak Syampu Rambut?

Dan Synder, seorang pereka baju dan juga merupakan pengasas kepada brand pakaian lelaki, Corridor yang berpengkalan di NYC. Synder telah mengongsikan rahsia yang dia selama ini simpan tentang penjagaan rambutnya yang sangat bergaya itu.

snapseed-23-768x960

Menurutnya, penjagaan rambutnya mudah sahaja – “tabiat penjagaan rambut tanpa syampu saya sangat mudah – saya hanya tidak syampu langsung!”

Synder memberitahu yang dia sering berpeluh dengan aktiviti hariannya, oleh itu, apabila dia akan mandi, basuh dan skrub rambutnya dengan air panas – inilah highlight kepada tips penjagaan rambutnya.

Setelah itu, dia hanya akan keringkannya dengan tuala kering, kemaskan rambutnya dengan tangan dan itu sahaja.

Synder turut memberitahu yang sebelum dia menemui tabiat tidak syampu rambut ini, dia sama sahaja seperti orang lain yang sering dalam pencarian syampu dan produk-produk rambut lain demi penjagaan rambutnya.

Lama kelamaan, dia sedar bahawa syampu bukanlah jawapannya. Namun, ia tidaklah semudah yang disangkakan, kerana pada awal proses ini, rambut anda akan mula berbau dan jadi sangat berminyak.

snapseed-21

“Pada mulanya anda akan dapat kelumumur, kulit kepala yang gatal dan rambut berminyak. Oleh itu, saya tak syorkan sesiapa pun untuk dengan serta-merta berhenti syampu kepala. Tapi, cuba mula dengan 3 hari tanpa syampu, kemudian 4, kemudian seminggu, kemudian, 2 minggu, sebulan dan sampailah anda rasa selesa tanpa syampu.” Katanya lagi.

Dia turut mengatakan yang dia faham jika orang ramai yang ingin cuba teknik ini takut sekiranya rambut mereka menjadi satu perkara yang teruk, dan itulah apa yang akan terjadi pada mulanya.

Namun, jangan risau kerana setelah anda selesa dengan proses ini, anda akan mempunyai rambut yang lebih sihat dan akan kekal sihat sampai bila-bila dan ianya sangat berbaloi.

Sumber: VeryGoodLight

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button