FesyenGaya Hidup

Kasut Parti Yang Trending Ini Akan Menjadi Kegilaan Anda Untuk Memilikinya

Banyak hari perayaan baru-baru ini dan anda mungkin diundang ke beberapa majlis dari awal tahun sehingga kini – sambutan Tahun Baru 2017, sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Ponggal, Thaipusam mahupun Hari Perkahwinan.

Untuk ke majlis-majlis ini, tentu ada garisan panduan untuk memakai pakaian yang sesuai dari atas sehingga ke bawah.

Walaupun anda perlu memilih pakaian yang sesuai untuk ke majlis atau perayaan, pakaian yang melampau dengan manik-manik berkelipan akan bertukar gaya anda dari glamor sehingga menjadi terlalu menonjol.

Untuk elak daripada berlebihan anda perlu sepasang kasut parti yang bergaya bagi memberikan pakaian anda sentuhan khas yang menarik.

Kasut-kasut ini menjadi trending sepanjang tahun 2016 sehingga melonjak ke tahun ini dan sesuai untuk gayakan ke sesuatu majlis atau perayaan dan tentunya menjadi kegilaan anda untuk memilikinya.

Kasut Metalik

Kate Spade Merallic Imej Kredit: SocialVixen
Kate Spade Merallic
Imej Kredit: SocialVixen

Kasut Metalik ini menjadi tren dari tahu lepas dan masih lagi bergaya pada tahun ini dan tentunya sesuai digayakan untuk pergi ke sesuatu majlis atau parti. Ia bersinar dan tentunya akan menyerlahkan anda lagi.

Pilih kasut seperti  stiletto atau gaya mule untuk sentiasa kelihatan sopan dan classy bersama dress parti anda.

Kasut metalik ini terdapat di dalam warna emas dan perak dan ia menjadi pilihan yang jelas serta dapat memberikan kesan maksimum untuk kaki anda.

Walaupun pasangan kasut berwarna perak lebih sesuai dengan warna seperti putih dan biru, emas nampaknya lebih berseri bersesuaian dengan warna merah.

Jika anda mahu sesuatu yang berbeza, anda boleh gayakan bersama kasut merah jambu metalik ataupun rosegold.

Imej Kredit: Pinterest

Kasut Berjumbai (Frilled)

Karen Millen Imej Kredit:FashionPolice
Karen Millen
Imej Kredit:FashionPolice

Kasut frilled atau berjumbai ini bukan sahaja mempunyai dekorasi yang menarik dan bergaya, tetapi ia juga unik dan menyeronokkan, menjadikan mereka sesuai untuk ke majlis-majlis perayaan.

Kasut yang mempunyai  frille lebih, ruffles boleh menjadi pelbagai bentuk, termasuk but, kasut tumit tinggi, dan loafers.

Kekalkan ia sebagai gaya penarik utama dengan minimumkan  gaya  pakaian anda supaya anda tidak kelihatan terlebih bergaya.

Imej Kredit: Pinterest
Imej Kredit: Pinterest

Kasut Velvet

Trimmed velvet platfom Imej Kredit:Whowhatwear
Trimmed velvet platfom
Imej Kredit:Whowhatwear

Walaupun kasut logam akan menyerlahkan pakaian anda dengan bling, gaya baldu akan menambah sentuhan yang menawan. Sesuai untuk anda gayakan pergi ke majlis atau perayaan, kasut yang mewah ini  sesuai seperti platform tumit sandal dan but adalah pilihan yang terbaik untuk mewujudkan kelihatan bergaya ke parti.

Imej Kredit: Pinterest

Kasut Flat Ballerina

pinterest-faly-ballerina

Kasut flat ballerina mungkin tidak menjadi pilihan kasut yang biasa untuk musim parti, tetapi mereka boleh membuat pilihan yang bergaya.

Kasut tumit rendah ini telah menerima mini pengubasuaian baru-baru ini dengan pengenalan gaya dress yang pelbagai dan menjadi trend orang ramai memakainya untuk ke parti.

Ciri-ciri kasut flat ballerina ini mempunyai pelbagai versi sama ada tali panjang yang unik dan dapat dililit seperti reben, tiada tali dan juga terdapat  tumit yang kecil.

Apabila anda mengambil kira betapa selesanya kasut ini, tidak ada keraguan  lagi bahawa mereka akan menjadi pasangan kasut kegemaran anda yang baru.

Imej Kredit: Pinterest
Imej Kredit: Pinterest

Sumber: TheTrendSpotter

Show More

Related Articles

Back to top button