Gaya HidupHiburan

Split: Kevin, Lelaki Yang Mempunyai 23 Personaliti Yang Berbeza

Filem yang berdasarkan kisah benar ini merupakan filem terbaru M. Night Shyamalan yang merupakan pengarah disebalik filem-filem terkenal box office seperti The Sixth Sense, The Last Airbender, Signs, dan After Earth.

Filem ini turut dikatakan mungkin akan menjadi antara filemnya yang akan meletup di pawagam dan bakal mendapat sambutan yang gah di box office!

split-000

James McAvoy, pelakon berbakat dan popular yang berasal dari Scotland ini lebih terkenal dengan wataknya sebagai Professor X muda dalam filem “X-Men” prequels. Kali ini, dia telah menyahut cabaran baru untuk melakokan watak seorang penculik gila dengan sekurang-kurangnya 23 personaliti yang berbeza.

Dalam filem Split ini, anda boleh lihat persembahannya dalam melakonkan berjenis-jenis perwatakan yang berbeza, daripada pereka fesyen homoseksual, budak berusia sembilan tahun yang murtad, seorang kaki kontrol yang obsesif-kompulsif, seorang rahib wanita yang gila, dan macam-macam lagi.

split-feature-screen1

Perkara lain yang hebat tentang James McAvoy dalam membawa watak psiko ini adalah mereka tidak memerlukan kostum yang berlainan untuk menonjolkan setiap watak personaliti yang dia bawakan, kerana berdasarkan ekspresi muka, gerak-geri badan, dan loghatnya, sudah cukup meyakinkan untuk kita sebagai penonton percaya yang dia memang ada berbeza-beza personaliti.

Split akan menunjukkan bagaimana James McAvoy menculik mangsa-mangsanya dan bagaimana dia ‘bermain’ dengan minda mereka dalam bilik kurungannya.

split0006

AMARAN: Bagi anda yang mempunyai serangan panik, kami nasihatkan untuk tidak menonton filem ini kerana elements of surprise yang ada mungkin akan buat anda terkejut (atau mungkin lebih dari itu).

Anda boleh saksikan filem ini di pawagam pada 19 hb Januari nanti, dah tak lama tu, cepat-cepat booking tiket anda sebelum tak sempat nak beli walk-in!

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker