Gaya HidupMakan & Minum

Lokan Panggang: Istimewa Di Kota Kinabalu, Sabah

Adakah Sabah destinasi percutian anda dan keluarga selepas ini? Haa, kalau dah ke Sabah tu, kami syorkan anda dan keluarga jadikan lokasi ini antara destinasi apabila jalan-jalan di sana.

Gerai-gerai makan yang terletak di Salut, jalan Sulaman, Tuaran ni menawarkan pelbagai jenis masakan lokan panggang.

Kalau ada yang tak kenal lokan, lokan ni merupakan sejenis haiwan bercengkerang yang hidup di lumpur pinggir laut yang apabila dimasak dan diperasakan dengan betul akan rasa sangat sedap!

       img_6265 img_6266

Di samping lokan panggang, anda juga boleh segarkan tekak dengan minum air kelapa dan juga jeli kelapa yang boleh dikatakan dijual di semua gerai di sekitar Tuaran.

Jeli kelapa dia tak sama macam yang anda selalu dapat biasanya. Kenapa tak sama? Satu, sebab diorang serve jeli tu dalam kelapa tu terus, bukan nak letak dalam bekas plastik bagai.

Kedua, rasa dia sangatlah menyegarkan dan mereka tak letak pemanis tambahan pun, semuanya natural flavouring.

img_6260

Memang kami boleh jamin yang lokan-lokan yang mereka masak di sepanjang jalan ni akan buat anda sangat puas hati dengan harga yang anda bayar tu.

Tapi ini bukan bermakna yang satu dulang lokan panggang tu mahal, malah sebaliknya sebab memang harga dia sangat berbaloi!

ouyh8828

untitled

Kalau anda nak datang ke tempat ini, anda boleh cari landmark dia, Jalan Politeknik, dari Jalan Politeknik tu, ambil roundabout pukul 9 dan anda akan sampai ke jalan Sulaman, di mana gerai-gerai lokan itu berada. Selamat mencuba!

img_1154

Nota sampingan: Nanti di sana hati-hati memandu dan berjalan, kerana mereka tak sediakan tempat parking khas, anda kena parking saja di mana yang ada tempat kosong di kawasan gerai-gerai tu.

Show More

Related Articles

Back to top button