Gaya HidupKesihatan

Lelaki Dengan Berat Berlebihan Cenderung Untuk Dapat Lebih Daripada Satu Kanser

Berdasarkan kajian baru di Korea, orang yang gemuk bukan sahaja lebih cenderung untuk menghidap kanser, tetapi mereka juga lebih cenderung untuk didiagnosis dengan kanser jenis kedua selepas hasil diagnosis pertama mereka.

Dalam kajian itu, penyelidik mengkaji hampir 240,000 pesakit kanser lelaki dalam tempoh 7 tahun.

Mereka mendapati bahawa lelaki yang obes (BMI melebihi 30), adalah 42 peratus lebih cenderung untuk menghidap kanser jenis  kedua 1 hingga 2 tahun selepas itu, berbanding lelaki dalam julat BMI yang normal antara 18.5 hingga 24.9.

Kanser jenis kedua yang paling biasa dikalangan ini adalah kolorektal, hati, saluran hempedu, prostat dan buah pinggang.

Tertanya-tanya mengapa berat tambahan anda boleh meletakkan anda dalam risiko yang tinggi?

A man sleeps on the couch, with a TV remote control balancing on his protruding stomach.

Ini kerana, ia boleh membawa kepada keradangan kronik – keadaan dalam badan anda yang boleh menjana pertumbuhan kanser, kata ketua penyelidik Sang Min Park, M.D., Kolej Perubatan Universiti Nasional Seoul.

Tambahan pula, lebih banyak tisu lemak yang anda miliki, lebih banyak insulin hormon atau estrogen yang akan anda hasilkan dan ini boleh membawa kepada perkembangan sel-sel kanser.

Semua faktor-faktor ini meningkatkan risiko kanser pertama anda tetapi ia juga akan membuat anda lebih cenderung untuk membangunkan lagi satu jenis kanser yang tidak berkaitan dengan kanser sebelum itu.

Ini kerana bukan sahaja badan anda masih bergelut dengan keradangan yang berkaitan dengan berat badan, tetapi rawatan kanser untuk malignan yang pertama itu juga akan menekankan sistem imun anda, yang boleh membuat anda lebih terdedah kepada kanser jenis kedua.

Apa yang anda boleh lakukan adalah untuk membuang berat berlebihan itu. Itu adalah satu langkah yang bijak untuk lelaki yang mahu mengurangkan peluang mereka mendapat kanser dan untuk pesakit kanser yang ingin melindungi diri mereka daripada kanser yang kedua.

Sumber: MensHealthMeg

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker