AntarabangsaIsu Semasa

Itali: Latih Imam Beragama Islam Perlembagaan Negara Tangani Radikalisasi

Kerajaan Itali mengambil inisiatif yang proaktif dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyatnya yang berbilang agama dan kepercayaan serta membendung gejala keganasan yang semakin berleluasa.

Baru-baru ini, Itali bercadang untuk menubuhkan sebuah program yang terbuka kepada semua agama yang masih belum diiktiraf secara rasmi oleh negara itu, termasuk agama Islam.

Menurut laporan, program ini ditaja oleh Kementerian Dalam Negeri dan akan melatih pemimpin-pemimpin agama, khususnya Imam beragama Islam untuk belajar tentang perlembagaan negera itu untuk memerangi radikalisasi.

Difahamkan, program tersebut akan dilaksanakan oleh University of Bologna pada bulan Februari akan datang di Ravenna, sebuah bandar di mana seorang pejuang kumpulan pengganas  telah dihantar pulang ke Tunisia dari sana pada minggu lepas.

Menurut Profesor Giovanni Cimbalo, matlamat utama kursus itu adalah “untuk mengadakan dialog diantara agama dan budaya, yang akan menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang aman dan tidak ganas.”

Beliau berkata, kursus itu akan menghormati pelbagai mazhab di dalam agama Islam, Kristian dan juga agama-agama lain.

Di Itali, terdapat kira-kira 1.6 juta Muslim yang menetap di sana, tetapi negara itu hanya mempunyai lapan buah masjid yang berdaftar. Walaupun negara itu mempunyai populasi masyarakat Muslim yang agak besar, Islam masih belum menjadi sebuah agama yang mendapat pengiktirafan secara rasmi.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin agama yang akan menghadiri kursus berkenaan akan diajar tentang perlembagaan Itali, termasuk kebebasan beragama dan bersuara, serta “hak dan kewajipan rakyat yang terkandung di dalam masyarakat demokrasi.”

Dengan tempat beribadah rasmi yang sedikit, ramai umat Islam melakukan ibadah mereka di rumah, selain daripada 800 buah pusat kebudayaan dan bilik ibadah di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, parti politik sayap kanan negara itu mendakwa bahawa ini akan menjadikan tempat-tempat keagamaan sukar untuk dipantau sekali gus meningkatkan risiko untuk berlakunya kegiatan radikalisasi.

Selain itu, peranan Islam di dalam masyarakat Itali telah menjadi sebuah topik yang hangat berikutan serangan pengganas yang berlaku di Eropah dan juga krisis pelarian, di mana lebih daripada 330,000 orang pendatang daripada Afrika, Timur Tengah dan Asia datang ke negara itu menerusi lautan sejak dua tahun lalu.

Pada bulan Januari tahun lepas, kerajaan mengumumkan sebuah majlis baharu “Italian Islam” yang bermatlamat bagi Islam untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan “tradisi Christian dan humanisme” di sana.

Sumber: Independent UK 

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button