FesyenGaya HidupSukan

Ariani Active Pakaian Sukan Buat Wanita Muslimah

Bagi wanita yang sering aktif dengan aktiviti sukan tentu mempunyai masalah untuk menggayakan pakaian yang sesuai dan pada yang sama ingin menutup aurat terutamanya bagi wanita muslim. Pakaian sukan yang kita mahu tentulah mempunyai material yang tidak panas dan yang penting perlu selesa ketika kita melakukan aktiviti senaman.

Tetapi kini anda tidak perlu risau lagi kerana buat pertama kalinya, ARIANI memperkenalkan rangkaian koleksi sukan istimewa buat wanita berhijab di luar sana! ARIANI ACTIVE, nyata berbeza daripada biasa apabila setiap koleksi yang dihasilkan direka mengikut keselesaan dan kesesuaian wanita untuk bersukan.

Berbeza daripada koleksi sukan sedia ada yang terdapat di pasaran, ARIANI ACTIVE ditakrifkan sebagai koleksi yang minimal, energetik dan penuh nilai kesopanan. Jom, jalani gaya hidup sihat cergas dan bertenaga bersama ARIANI ACTIVE!

Kami akan menampilkan beberapa koleksi ARIANI ACTIVE yang menarik untuk anda  seperti t-shirt lengan panjang, seluar sukan, hijab dan juga jaket sukan yang selesa buat anda.

  1. T-shirt Ariani Active

T-shirt yang selesa dan kain material yang tidak panas ini tidak akan menganggu konsentrasi anda ketika bersenam. T-shirt ini juga tidak terlalu ketat dan sesuai untuk wanita muslimah. Ia juga menampilkan beberapa variasi warna yang menarik.

Kredit Imej: Ariani Online
Imej Kredit: Facebook Ariani Ready To Wear
Imej Kredit: Facebook Ariani Ready To Wear

         2. Active Inner

Bukan senang nak cari koleksi hijab yang sesuai dipakai untuk aktiviti beriadah kan? Koleksi inner yang sesuai ini  dikatakan sangat-sangat selesa dan sesuai dipakai untuk aktiviti beriadah.

Imej Kredit: Ariani Online
Imej Kredit: Facebook Ariani Ready To Wear

      3. Jaket Active

Ariani juga menampil koleksi jaket atau sweater untuk bersukan. Sesuai dengan tema muslimah, jaket ini mempunyai hoodies dan di bahagian tangan ia menutup sehingga ke belakang tapak tangan kita.

Imej Kredit: Ariani Online
Imej Kredit: Facebook Ariani Ready To Wear

      4. Pants Active  (Seluar)

Seluar ini sangat selesa dan sesuai untuk beriadah kerana ia ringan dan tidak panas.

Imej Kredit: Ariani Online
Imej Kredit: Ariani Online

Untuk mendapat koleksi Ariani Active anda boleh kunjungi Butik Ariani RTW di Jakel Mall, Kuala Lumpur dan di Wisma Jakel, Shah Alam.

Show More

Related Articles

Back to top button