Bisnes & EkonomiGaya Hidup

Hutang Anda Tak Dapat Dikawal? Ini Bagaimana Untuk Mengurusnya

Hutang bukanlah perkara yang semua orang suka cakapkan sesama manusia lain. Tetapi, suka atau tidak hutang tidak bercagar telah pun menjadi satu perkara yang menjadi semakin buruk dari semasa ke semasa.

 

Apakah itu hutang tidak bercagar?

credit-card-debt-relief

Ini termasuk kad kredit, pinjaman peribadi dan skim kewangan, contohya untuk, membeli kereta baru. Tetapi, apa-apa pinjaman seperti gadai janji atau pinjaman Kewangan Pelajar adalah hutang bercagar.

Bagaimana untuk mengenal pasti jika anda tidak menguruskan hutang dengan baik

Debt Reduction Calculator
1. Tidak membayarnya dengan konsisten

Pengurusan pembayaran bil kad kredit yang tidak cukup baik dan tidak membayar bil tenaga anda secara bulanan boleh menjadi tanda bahawa hutang anda di luar kawalan.

2. Bimbang tentang hutang

Walaupun hanya dengan rasa risau atau bimbang tentang hutang, boleh menjadi tanda bahawa hutang anda telah menjadi tidak terurus kata Craig Simmons, Pakar Hutang di Perkhidmatan Nasihat Wang.

3. Tidak memeriksa hutang kad kredit anda

64% daripada pengguna kad kredit hanya menyemak penyata mereka sebulan sekali, menurut kajian dari MoneySuperMarket. Yang lebih membimbangkan, 1 dalam 10 orang sebenarnya tidak tahu berapa banyak faedah yang mereka telah bayar pada kad kredit mereka.

4. Menambah lagi lebih banyak hutang

Jika anda menambah lagi hutang untuk membayar keperluan seperti bil rumah, ini lah petanda yang paling jelas sekali.

Apa yang boleh anda lakukan

pay-off-debt

Anda perlu dapatkan nasihat. Mujurlah, sekarang ni terdapat banyak cara untuk dapatkan bantuan secara percuma. Dan apa sahaja yang dibincangkan dalam sesi nasihat hutang anda oleh penasihat hutang yang terlatih adalah untuk menangani masalah dan bukan menghukum.

Dalam proses ini penasihat akan mencadangkan beberapa langkah untuk membantu anda menguruskan hutang-hutang yang tertunggak. ‘Keadaan setiap orang adalah berbeza,” kata Simmons, maka langkah yang terbaik untuk anda yang dalam hutang boleh ambil adalah untuk bercakap dengan penasihat hutang yang percuma.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker