Gaya HidupKesihatan

Anak Anda Akan Menjadi Pemalas Jika Anda Malas

Seperti kata pepatah, melentur buluh biar lah dari rebungnya. Oleh itu, setiap gerak-geri perlulah dijaga supaya dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak.

Menurut laporan mengenai sebuah kajian baru dari pakar, rutin senaman ibu bapa sebenarnya mempengaruhi anak-anak.

e1ecad6a590641336ae826a33237e6d1

Pakar mengatakan kelakuan ibu bapa yang tidak aktif akan menyebabkan anak mereka bertambah malas setiap 0.10 minit.

Ibu bapa yang aktif pula akan menyebabkan anak mereka semakin gemar melakukan aktiviti lasak setiap 0.06 minit.

Dalam kajian itu, ia menunjukkan bahawa kanak-kanak yang masih kecil cenderung untuk lebih aktif dan gemar bersenam apabila dia berada dalam keluarga yang aktif.

Baseball Father and Son

Menurut ketua penyelidik dan Pengarah Kajian Pediatrik dan Obesiti di hospital Monroe Carell, Dr. Shari Barkin, selain dapat meningkatkan kesihatan ibu bapa, ia juga mampu menentukan peribadi anak-anak serta memberi impak besar kesihatan yang besar kepada mereka sekiranya didedahkan dalam usia yang muda.

Oleh itu, ibu bapa perlulah membantu anak-anak mengikuti garis panduan nasional dalam menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal ringan, sederhana atau berat selama tiga jam setiap hari.

Sumber: Sinar Harian

 

Show More

Related Articles

Back to top button