Bisnes & Ekonomi

Jenama Pakaian Muslimah Tempatan Mempunyai Prospek Besar Dalam Pasaran

Usahawan yang muda dan cantik seperti Vivy  Yusoff telah berjaya membawa Fashion Valet ke peringkat antarabangsa, begitu juga Neelofa yang giat mengetengahkan jenamanya.

Fashion Valet Imej Kredit: jeeradoesfashion
Fashion Valet
Imej Kredit: jeeradoesfashion

Fashion Valet (FV), salah satu laman fesyen dalam talian terbesar di Asia Tenggara untuk pakaian wanita Muslimah merancang untuk mengembangkan lagi pasarannya di dalam negeri dan seluruh dunia.

Ditubuhkan enam tahun lalu, FV, yang melakukan jualan menerusi pangkalan dalam talian termasuk laman sesawang syarikat, Facebook serta Instagram, juga membuka kedai pertama di Bangsar Village, Kuala Lumpur dan telah menghantar produk mereka ke luar negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, China, United Kingdom dan India.

Vivy Yusoff

Vivy yang pernah menerima Anugerah Usahawan Muda, keuntungan jualan dalam talian bertambah dua atau tiga kali ganda setiap tahun dan disasarkan lebih tinggi tahun depan.

Fashion Valet  mempunyai sekitar 500 pereka fesyen, kebanyakannya orang tempatan yang menggunakan FV sebagai pangkalan untuk mempromosikan jenama serta produk mereka termasuk fesyen Muslimah.

FESYEN MUSLIM SEMAKIN PESAT

Kini, laman dalam talian pelbagai label terkemuka Asia mencatat pertumbuhan yang sungguh menggalakkan terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Selaras dengan perkembangan ini, Vivy mahu menempatkan syarikatnya pada kedudukan yang kukuh dalam industri ini.

Menurut Vivy, beliau sedar dengan potensi industri fesyen Muslim di seluruh dunia dan tidak mahu terlepas peluang daripada meraih keuntungan daripadanya dan syarikat FV memasuki pasaran ini secara tidak langsung apabila kebanyakan pereka  mula menghasilkan skaf, jubah dan pakaian lain yang sopan.

Imej Kredit: Naelofar Hijab
Imej Kredit: Naelofar Hijab

Selain Fashion Valet dari Vivy, Naelofar Hijab iaitu dari jenama milik bintang kenamaan Noor Neelofa Mohd Noor adalah contoh jenama tempatan yang menjual skaf/tudung dengan permintaan yang besar dalam dan luar negara.

Jenama ini tidak lama lagi diberitakan akan menembusi pasaran Amerika Syarikat selepas menjalankan penyelidikan pasaran.

Neelofa Imej Kredit: Astria

Tahun lalu, jenama milik bintang kenamaan  Neelofa, mencatat jualan berjumlah RM50 juta dan 10 peratus daripadanya disumbang pasaran luar negara yang kebanyakannya bergantung kepada jualan dalam talian.

JENAMA ANTARABANGSA

Bukan sahaja pereka Muslim memberi perhatian kepada fesyen Muslim, pereka fesyen bukan Muslim yang menguasai jenama antarabangsa turut berbuat yang sama.

Antara jenama terkemuka yang tampil menghasilkan koleksi lebih sopan bukan sahaja untuk pasaran Muslim tetapi juga bukan Muslim termasuk DKNY, H&M, D&G dan Uniqlo. H&M sebagai contoh, salah satu rangkaian fesyen terbesar dunia menjadi perhatian apabila menampilkan model berhijab tahun lalu.

H&M

Menurut Global Islamic Economy Report 2015-2016, pengguna Muslim berbelanja anggaran AS$230 bilion untuk pakaian, dan ia dijangka meningkat kepada AS$327 bilion pada 2019.Ia jua melaporkan jumlah ini lebih besar daripada nilai pasaran pakaian semasa yang disatukan iaitu UK (AS$107 bilion), Jerman (AS$99 bilion) dan India (AS$96 bilion).

Bagi Malaysia, eksport produk gaya hidup tahun lalu meningkat 12 peratus kepada RM31.36 bilion berbanding RM28 bilion tahun 2014.

Sumber:BeritaAwani

 

Show More

Related Articles

Back to top button