AntarabangsaIsu SemasaPolitik

10 Pencapaian Barack Obama Sebagai Presiden AS Ke-44

Presiden Amerika Syarikat Ke-44, Barack Obama merupakan antara presiden negara itu yang dihormati dan disegani ramai.

Memegang jawatan tertinggi di Rumah Putih selama dua penggal, beliau telah berjaya melakukan pelbagai inisiatif yang memberi perubahan positif terhadap kehidupan rakyat.

Malah, beliau juga melakar sejarah baru apabila menjadi presiden AS pertama yang berkulit hitam.

Di sini, kami senaraikan kepada anda 10 pencapaian Obama yang mungkin anda tidak tahu.

1. MELULUSKAN PEMBAHARUAN PENJAGAAN KESIHATAN 

aca_flag
Affordable Care Act – Sumber: www.akronohio.gov

Selepas 5 orang presiden sepanjang satu abad gagal untuk menubuhkan insurans kesihatan, Obama telah membuktikan keprihatinannya terhadap rakyat apabila beliau menandatangani Affordable Care Act pada tahun 2010.

Lebih daripada 20 juta rakyat AS telah mendapat liputan insurans sejak akta itu diluluskan. Akta itu turut menyediakan subsidi untuk rakyat membeli liputan insurans, meluaskan kelayakan memohon Medicaid (program kerajaan yang memberi bayaran kepada rakyat berpendapatan rendah untuk mendapat perkhidmatan perubatan), dan juga melarang penanggung insurans daripada menafikan perlindungan terhadap golongan yang sudah sakit sebelum pelan insurans mereka dikuatkuasakan.

2. MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA

american_economy_3081
Gambar sekadar hiasan – Sumber: presidentialpolls.com

Untuk menyelamatkan ekonomi negara, Obama menandatangani American Recovery and Reinvestment Act pada tahun 2009 yang bernilai $787 bilion.

Sehingga Oktober 2016, ekonomi telah menambah 15.5 juta pekerjaan baru sejak awal tahun 2010 sekali gus mencatat rekod baru dalam pertumbuhan pekerjaan sektor swasta selama 73 bulan berturut-turut.

Kadar pengangguran 10% pada tahun 2009 juga telah menurun kepada 4.6% pada November 2016.

3. MEMULIHKAN INDUSTRI AUTOMOTIF AS

gm-renaissance-center-general-motors-company-logos-3-720x340
Sumber: www.gmauthority.com

Pentadbiran Obama menyuntik dana tambahan sebanyak $62 bilion (pentadbiran George W. Bush memberi $13.4 bilion) kepada syarikat automotif gergasi General Motors (GM) dan Chrysler bagi tujuan pemulangan saham ekuiti dan penstrukturan semula secara besar-besaran.

Pada bulan Disember 2014, syarikat-syarikat automotif berkenaan berjaya membayar semula sebanyak $70.4 bilion daripada keseluruhan dana itu, dan menurut Center for Automotive Research, kira-kira 2.5 juta pekerjaan berjaya diselamatkan.

4. MEMBANTU GELANDANGAN DARI KALANGAN VETERAN 

111015homelessvet
Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.capitolhillblue.com

Pada tahun 2010, Obama melancarkan strategi komprehensif yang pertama bergelar “Opening Doors” untuk menangani dan menamatkan isu gelandangan.

Program berkenaan telah berjaya mengurangkan 47% kadar gelandangan dari kalangan veteran dan ia juga akan memastikan supaya tidak ada lagi gelandangan dikalangan belia pada tahun 2020.

5. MENGELUARKAN BAHAN API YANG LEBIH EFISIEN 

fuel_economy_cars_lg
Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.consumerreports.org

Mengeluarkan bahan api baru yang lebih efisien pada tahun 2011 yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi bahan api yang bersamaan dengan 54.5 batu satu gelen untuk kenderaan dan trak tugas ringan (mengikut model) pada tahun 2025.

6. MENINGKATKAN PEMBAYARAN KERJA LEBIH MASA

Gambar sekadar hiasan – Sumber: http://www.presidio-group.com/

Pentadbiran Obama juga mengemaskini semula Akta Piawaian Buruh Adil (FLSA)  bagi memastikan kakitangan yang bekerja lebih masa di bayar dengan sewajarnya, dan boleh meraih sebanyak $47,476 setahun. Selain itu, perlindungan kerja lebih masa turut dikembangkan lagi kepada 42 juta orang pekerja.

7. MELUASKAN LIPUTAN JALUR LEBAR (BROADBAND)

1a02f9_3e4b333524db49cdb152571aee9ab265
Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.techbitconsult.com

Memperuntukkan subsidi $8 bilion bagi membolehkan keluarga berpendapatan rendah luar bandar untuk mendapat akses internet. Pada tahun 2016, 98% rakyat AS boleh melayari jalur lebar berkelajuan tinggi 4G/LTE.

8. MELABUR UNTUK TENAGA BERSIH

renewableenergy2
Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.tdworld.com

Melabur sebanyak $90 bilion dalam penyelidikan tekonologi grid pintar, kenderaan elektrik, penjanaan elektrik boleh diperbaharui, arang batu bersih, dan juga biofuel.

Kerajaan pimpinan Obama turut melancarkan inkubator tenaga bersih Argonne National Labaratory dan menggalakkan pelbagai syarikat dan institusi untuk meningkatkan pelaburan dalam teknologi tenaga bersih.

9. MENAMATKAN PENGSUBSIDIAN BANK UNTUK MEMBERI PINJAMAN PENGAJIAN KEPADA PELAJAR

student-loan
Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.infostudentloan.com

Sebahagian daripada pembaharuan rang undang-undang penjagaan kesihatan 2010, Obama juga menamatkan ‘budaya’ subsidi bank untuk memberi pinjaman pengajian kepada pelajar kolej/universiti.

Selepas langkah tersebut diambil, semua pelajar mula mendapat pinjaman pelajar secara terus daripada kerajaan persekutuan, tidak lagi daripada bank.

Lebih separuh daripada simpanan keseluruhan ($36 bilion dalam tempoh 10 tahun) digunakan untuk mengembangkan Pell Grant (subsidi kerajaan persekutuan membantu pelajar membayar yuran pengajian) kepada golongan berpendapatan rendah.

10. OBAMA SEORANG PRESIDEN YANG TIADA SKANDAL

130771981-president-barack-obama-smiles-while-speaking-during-the-jpg-crop-cq5dam_web_1280_1280_jpeg
Presiden Barack Obama – Sumber: www.slate.com

Ini merupakan salah satu pencapaian terbesar Obama sepanjang beliau menjadi presiden. Memegang jawatan itu selama 2 penggal (8 tahun), beliau merupakan presiden pertama sejak Dwight Eisenhower yang tidak pernah terlibat atau mempunyai sebarang skandal peribadi dan juga politik.

Sumber: Washington Monthly
Show More

Related Articles

Back to top button