FesyenGaya HidupPercutian

Melancong Seperti Fashionista di 5 Tempat Paling Trendy di Tokyo

Tokyo adalah bandar impian untuk pencinta segala barang yang estetik.

Tokyo merupakan salah satu destinasi fesyen terkemuka Asia. Bandar itu sendiri adalah inspirasi dan sentiasa sibuk dengan aktiviti yang berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Oleh itu, apabila bercakap tentang fesyen, terdapat satu juta perkara yang anda boleh lihat dan menjadi kegilaan untuk membeli-belah.

Berikut adalah 4 tempat yang terkenal di Jepun

HARAJUKU

Harajuku Imej Kredit: Traveliance
Harajuku
Imej Kredit: Traveliance

Harajuku, tanah angan-angan bagi Harajuku Girls Gwen Stefani. Ia dikenali di seluruh dunia sebagai pusat fesyen ke hadapan belia Jepun dan menjadi tempat di mana orang berpakaian luar dari biasa. Anda boleh datang ke daerah ini pada hari Ahad untuk melihat gadis-gadis yang berpakaian rumit: dari Lolitas gothic dan pembantu rumah Perancis ke ravers Decora sehingga ke Gadis Mori .

Jika anda ingin menyertai keseronokan, pastikan semuanya kawaii (dalam Bahasa Jepun ia bermaksud “comel”) dan tahukah anda  6% daripada kedai Doki Doki yang telah menjadi pembekal barang kecomelan selama lebih 20 tahun.

Setelah melihat patung seperti getups, jangan lupa untuk pergi ke daerah Harajuku, yang dikenali sebagai Ura Hara, untuk mencari beberapa butik indie.

Jangan lupa juga melawat  Reissue Café di mana anda akan menemui beberapa latte 3D art-buih Hello Kitty, terbaik di dunia!

AOYAMA

aoyama003

Bangunan yang terkenal di dunia ini dapat menarik ramai orang. Bangunan Kristal yang tinggi ini adalah sebuah karya seni: di mana bahagian luarnya berbentuk cembung menyambung, cekung dan mempunyai tingkap yang berbentuk rhomboid. Terdapat juga gua seperti pintu masuk alternatif yang memberi laluan ke tingkat bawah tanah untuk pakaian lelaki.

aobuilding_aoyama_7746

Selain itu, anda boleh melawat  Rei Kawakubo Comme des Garçons perdana, terletak di bahagian hadapan bangunan kaca yang condong itu. Jika anda berminat untuk membeli t-shirt logo-hati dari CDG Play-line, pastikan anda tiba lebih awal.

Akhir sekali, lawati Issey Miyake, bukan kerana seni binanya tetapi lihat pada seni pakaiannya.

SHINJUKU

shinjuku

Ingin mempelajari perkara sebenar di dalam sejarah fesyen? Anda boleh lawati  Bunka Fashion College Costume Museum. Terdapat  alumni yang terkenal termasuklah dari  Paris Fashion Week veteran Kenzo Takada, Junya Watanabe dan Yohji Yamamoto.

Pameran semasa adalah pada bahagian Barat dimana ia telah mempamerkan fesyen-fesyen Jepun. Pameran yang dipersembahkan hanya di dalam Bahasa Jepun sahaja dan koleksi yang unik ini sangat berbaloi untuk dilawati.

Bunka Fashion College Costume Museum

Semasa di Shinjuku, singgah untuk merasai beberapa manisan berhampiran stesen Shinjuku, secara rasminya  stesen kereta api ini adalah paling sibuk di dunia. Merasai kelazatan BAKE Cheese tart di pusat membeli-belah Lumine Est.

OMOTESANDO

Perkataan “Omotesando” ertinya jalan utama ke kuil. Di Tokyo, Istana Imperial Jepun adalah jalan yang dipenuhi dengan pokok-pokok ZELKOVA dan butik mewah yang membawa kepada kuil Meiji terkenal di Tokyo.

Pada asasnya, Omotesando adalah Champs-Élysées Jepun.

Di sini anda dapat berwindow-shopping dengan butik-butik yang mewah seperti: Chanel dan Dior, manakala di bahagian bawah terdapat Louis Vuitton, Yves Saint Laurent, Burberry, Balenciaga dan banyak lagi. Tetapi anda tentu mahu menyimpan yen anda kerana barang-barang mewah yang diimport ini adalah lebih mahal di Jepun.

Kiddy Land

Walaupun jalan ini penuh dengan butik-butik mewah, terdapat satu kedai iaitu Kiddy Land yang sangat terkenal  sebagai kedai mainan terbaik di Tokyo. Di sana terdapat watak karakter kartun yang popular seperti Snoopy di tingkat bawah, dan jabatan untuk Pokémon, Sanrio dan watak-watak Jepun yang lain.

Ia merupakan tempat yang hebat untuk membeli cenderamata super kawaii untuk rakan-rakan dalam senarai anda.

GINZA

ginza-laurence-ourac

Di sini terdapatnya 12 tingkat butik Uniqlo dan menjadi tempat yang wajib dilawati bagi sesiapa sahaja walaupun anda tidak begitu minat dengan fesyen Uniqlo kerana ia sangat besar! Rambang mata dibuatnya..

Uniqlo Tokyo

Anda mungkin berasa seperti telah putus asa separuh jalan selepas melihat koleksi wanita, tetapi  tetap mempunyai stamina untuk sampai tingkat paling atas! Disana selalunya terdapat barang yang sangat istimewa.

Sumber: BCLIVING.CA

Show More

Related Articles

Back to top button