Anda mungkin akan terkejut dengan penemuan baru ini, kerana menurut beberapa orang ahli sains, pencuci mulut yang anda selalu guna itu sebenarnya boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada hanya menjaga bau mulut anda: Ia mungkin mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan kelamin gonorea (STI).
Untuk kajian ini, penyelidik Australia telah mencampurkan Listerine Cool Mint dan Total Care atau larutan masin dengan kultur gonorea. Selepas itu, mereka telah menemui bahawa bilangan bakteria yang asalnya ada dalam campuran ubat pencuci mulut (tetapi bukan larutan masin) itu telah menurun dengan ketara.
Bagi mengetahui sama ada pendekatan ini boleh membantu orang ramai, mereka kemudian telah melakukan kajian ini pada 58 lelaki yang telah mengadakan hubungan seks dengan lelaki dan yang didapati positif gonorea dalam mulut atau tekak.
Apa yang mengejutkan adalah, ubat pencuci mulut tersebut dengan secara mendadaknya telah mengurangkan bakteria gonorea yang ada pada mereka: Hanya 52 peratus daripada pengguna Listerine masih didapati positif gonorea selepas itu, berbanding 84 peratus lelaki yang hanya mencuci mulut mereka dengan solusi masin.
Untuk melawan STI biasa seperti ini amat penting kerana ia masih akan merebak pada kadar yang semakin meningkat dan seterusnya akan membangunkan rintangan terhadap antibiotik.
Walaupun kajian ini telah membuktikan ia mampu mengurangkan bakteria yang ada, ia masih meninggalkan beberapa soalan yang tidak dijawab.
Sebagai contoh, ubat ini hanya terbukti berkesan ke atas gonorea yang ada dalam mulut – kebanyakannya di kawasan sekitar tonsil – tetapi hakikatnya, jangkitan ini juga boleh muncul dalam uretra atau rektum.
Namun, penyelidik tetap percaya bahawa gonorea yang paling ketara dari dua jenis yang lain sering bermula pada mulut atau tekak, jadi ada kemungkinan bahawa ubat pencuci mulut ini boleh melawa STI dengan lebih awal sebelum ia merebak lagi.
Sumber: Men’s Health