Gaya HidupKesihatanSukan

Anak-Anak Anda Akan Berkelakuan Lebih Baik Jika Mereka Bermain Sukan

Menurut kajian dari Kanada, sukan boleh membantu menaikkan keupayaan belajar dan fokus yang lebih tinggi terhadap kanak-kanak. Selain itu, dengan mengambil bahagian dalam sukan berpasukan, ia juga merupakan antara cara yang sangat baik untuk meningkatkan tumpuan kanak-kanak di dalam kelas dan kemahiran pengawalan kendiri mereka.

Untuk mendapatkan fokus yang lebih tinggi di dalam kelas dan lebih berupaya untuk belajar, kanak-kanak perluimages mengambil bahagian dalam sukan kurikulum dari usia yang muda, terutamanya sukan berpasukan, kata Linda Pagani, seorang penyelidik di hospital kanak-kanak Montreal Sainte-Justine di Kanada.

Linda Pagani dan pasukannya berkata tujuan kajian mereka adalah untuk menjawab dua soalan, iaitu:

Adakah penyertaan dalam aktiviti kurikulum di tadika boleh meramalkan disiplin diri pada gred keempat?

Dan adakah ciri-ciri disiplin diri di tadika akan meramalkan penyertaan dalam aktiviti sukan di gred keempat?

Ciri-ciri yang diramalkan ini juga termasuk penglibatan dalam kelas, fizikal, emosi dan tekanan emosi.

Kajian ini adalah berdasarkan data dari soal selidik yang diisi oleh guru-guru dan temu bual dengan ibu bapa terhadap 2694 kanak-kanak yang lahir pada tahun 1997 dan 1998 dari Penyelidikan Pembangunan Longitudinal Kanak-Kanak Quebec.

children-sports-fp-img_7039aa-770x470

Keputusan mereka menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang lebih baik di tadika dan mempunyai kemahiran pengawalan kendiri yang lebih baik dalam gred keempat adalah mereka yang terlibat dalam sukan dari umur 10 tahun.

“Apabila mereka mencapai gred keempat, kanak-kanak yang bermain sukan berstruktur didapati boleh mengikut arahan dengan lebih baik dan sentiasa fokus di dalam kelas,” jelas Pagani.

Beliau turut berkata bahawa sukan berpasukan dapat memberikan rasa kekitaan kepada kumpulan tertentu yang mempunyai matlamat yang sama dan ini jugak membantu kanak-kanak untuk memahami kepentingan menghormati peraturan dan menghormati tanggungjawab masing-masing.

Sumber: Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker