FesyenGaya HidupKecantikan

Sorok Lingkaran Gelap Anda Dengan Satu Cara Ini

Jika anda seorang jejaka sejati, sudah semestinya anda mahu kekal tampak segar, segak, dan kemas sepanjang masa. Ye lah, bak kata orang, apa guna muka handsome-handsome tapi tak pandai jaga penampilan diri kan?

Bila bercakap tentang lingkaran gelap bawah mata, isu itu masih belum jelas untuk sesetengah orang. Ia boleh menjadi gabungan antara pelbagai perkara termasuk alergen, kekurangan tidur atau pengambilan natrium yang terlalu banyak. Sebab saintifik di sebaliknya adalah bahawa saluran darah di bawah mata anda tidak mengalir dengan baik.

screen-shot-2016-10-25-at-1-29-35-am

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk merawat mereka dalam jangka masa panjang (seperti menggunakan teh hijau untuk menenangkannya) ada satu hack mudah dan cepat yang akan menyembunyikan mereka.

Ya, ya kami faham yang anda lelaki dan anda tak suka make up make up ni, tetapi untuk hack ini, satu-satunya makeup yang anda perlukan adalah hanya concealer sahaja, tetapi pastikan concealer itu sepadan dengan warna kulit anda.

screen-shot-2016-10-25-at-1-20-11-am

Apa yang diperlukan:

  • Concealer
  • Cermin
  • Jari cincin anda

Cara-cara:

undereye

  1. Pertama sekali, pastikan tangan dan muka anda bersih
  2. Lembapkan muka anda dengan apa-apa pelembap ringan yang anda gunakan. (Cetaphil Daily Face Moisturizer atau Neutrogena Oil Free Moisturizer)
  3. Ambil concealer dalam jumlah yang kecil pada jari cincin anda (Kenapa jari cincin? Ini kerana ia merupakan jari yang paling lemah daripada yang lain, dan ini menjadikan ia jari yang paling bagus untuk mengendalikan kawasan bawah mata kita yang sangat sensitif)
  4. Kemudian, dengan lembut dan perlahan-lahan dab produk itu di bawah mata hingga ia nampak sebati dengan kulit anda.
  5. Siap!

Okay, lepas ni dah tak ada lah rupa macam zombie itu lepas anda ikut hack ini dengan betul-betul.

Sumber: verygoodlight

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker