Isu SemasaTempatan

Esscom Tingkatkan Pertahanan Demi Laut Yang Lebih Selamat

Pada tahun 2013, negara kita dikejutkan dengan pencerobohan pengikut Sultan Sulu dari Filipina Selatan di Lahad Datu, Sabah.

Selepas insiden tersebut, Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah ditubuhkan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman rentas sempadan.

Selepas penubuhan Esscom, mereka telah menjalankan tugasan dengan baik dalam mempertahankan kawasan perairan Sabah walaupun melalui sedikit kesukaran pada peringkat awal.

Tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya 11 kes lelaki bersenjata yang menyerbu kapal-kapal nelayan di Pantai Timur Sabah, di mana 9 daripada kes itu melibatkan penculikan.

Sejak pihak berkuasa Malaysia meningkatkan pertahanan, penjenayah-penjenayah yang kerap menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan orang dan barangan di kawasan perairan itu semakin ‘terasa bahangnya’.

Sebagai langkah keselamatan, pengendali kapal juga telah diarahkan untuk mematuhi dasar pelayaran, di mana mereka hanya dibenarkan untuk belayar di laluan yang ditetapkan apabila memasuki kawasan perairan Malaysia.

Selain itu, urusan perdagangan di antara kedua-dua kawasan itu telah diharamkan pertengahan tahun lepas untuk menamatkan perdagangan dan pengangkutan pendatang haram oleh penjenayah rentas sempadan.

Di antara tahun 2013 dan 2015, terdapat 6 kes kidnap-for-ransom (kegiatan menculik dan meminta wang tebusan) yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata yang menyerang resort di kawasan pulau, ladang ikan dan juga restoran di Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Kejadian tersebut menyebabkan Esscom untuk mengetatkan lagi operasi mereka apabila kerajaan menyalurkan dana untuk membeli aset keselamatan bagi mengawasi penjenayah di 10 daerah pantai yang ditetapkan di bawah Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan, Esscom menggesa semua pemilik kapal untuk memasang sistem keselamatan kecemasan maritim di atas kapal mereka.

Salah satu sistem keselamatan itu dikenali Automatic Identification System atau Sistem Pengesanan Automatik (AIS), di mana ia akan membolehkan pihak berkuasa untuk menjejaki isyarat kecemasan yang diaktifkan oleh pemegang lalu mengesan lokasinya di laut.

Kos untuk memasang AIS adalah diantara RM 4,000 dan RM 6,000. Harganya mungkin sedikit mahal, tetapi sistem itu mampu mengubah nasib nelayan dan menghalang cubaan penculikan kumpulan jenayah.

Menegaskan kepentingannya, pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun telah mewajibkan setiap pemilik bot untuk memasang AIS atau mana-mana sistem lain yang sesuai bagi membolehkan pasukan keselamatan mengesan lokasi mereka pada waktu-waktu kecemasan.

“Saya telah mengadakan perbincangan bersama persatuan nelayan di Pantai Timur dan mereka ada menyebut berkenaan alat yang serupa bergelar Mobile Tracking Unit (MTU),” kata beliau.

Difahamkan, sistem MTU adalah lebih murah daripada AIS dan Rashid mengalu-alukan para nelayan untuk memasangnya jika mereka mahu, asalkan mereka mempunyai sistem keselamatan.

“Selagi mereka mempunyai alat keselamatan kecemasan pada bot mereka, kedua-dua pihak (persatuan nelayan dan pasukan keselamatan) boleh bekerjasama untuk meningkatkan keselamtan dan memerangi jenayah di lautan.

Sumber: News Straits Times

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker