Bisnes & EkonomiGaya HidupTeknologi

Berniat Nak Beli Iphone? Rupanya Laman Web Apple Ada Tempat Rahsia Yang…

Dengan Iphone 7 yang baru keluar baru-baru ini, tak salah kalau anda yang dah lama berniat nak tukar telefon baru itu mahu cuba-cuba mencari mana-mana model Iphone yang baru untuk dibeli.

Jika anda mempunyai niat itu, anda mungkin mahu baca artikel ini sampai habis:  Menurut Forbes, ada satu bahagian rahsia di laman web Apple yang menjual model iPhone diskaun!

Di laman web Apple, sebelum ini pelanggan sememangnya sudah dapat membeli produk yang diubahsuai (turut dikenali sebagai secondhand), seperti MacBooks dan iPads, tetapi kini anda juga boleh membeli iPhone. Anda pasti sukanya kerana diskaun yang ditawarkan adalah sangat berbaloi.

Anda boleh mendapatkan mana-mana produk refurbished; ini dengan diskaun di antara $100 dan $ 200 daripada harga yang asal. Apa yang anda perlu tahu adalah, bahagian di mana ia dijual adalah sangat tersorok di laman web mereka. Oleh itu, untuk mencarinya anda perlu menulis “refurbished” dalam bar carian dan kemudian klik pada jenis peranti yang anda mahu untuk membeli:

Walaupun anda tidak akan dapat membeli iPhone 7 diskaun, model terbaru yang mereka tawarkan di laman web ini adalah iPhone 6 dan iPhone 6S refurbished, yang mereka jual dengan diskaun sehingga 15%.

Selamat ke pakai telefon secondhand ni? Jangan bimbang tentang kualiti peranti secondhand ini, kerana ia datang terus dari kilang Apple.

Malah, anda juga akan mendapat jaminan satu tahun yang sama seperti yang disertakan apabila anda membeli telefon pada harga asalnya. Tambah-tambah lagi, Apple turut melakukan ujian dan sudah memperakui bahawa semua peranti yang mereka jual semula itu berada dalam keadaan yang sempurna.

Sumber: Goodhousekeeping

Show More

Related Articles

Back to top button