AntarabangsaGaya HidupTempatan

6 Perkara Harian Yang Anda Patut Berhenti Guna Mulai Hari Ini

  1. Ubat Gigi

161104144039-02-eco-bad-habits-toothpaste-microbeads-restricted-super-169Kebanyakan syarikat yang mengeluarkan ubat gigi mengandungi bahan microbeads plastik dalam ubat gigi mereka, microbeads plastik ini merupakan penyumbang utama kepada lapan juta tan plastik yang masuk dalam laut setiap tahun. Microbeads tidak dapat biodegradasi dan terlalu kecil untuk ditangkap dalam saringan pembersih. Ia juga akan menarik bahan kimia toksik semasa ia bergerak.

 

 


  1. Chopstick Kayu

161104144454-06-eco-bad-habits-wooden-chopsticks-restricted-super-169

Walaupun ia merupakan antara perkakas dapur kesayangan orang-orang Asia, ia sebenarnya telah menyebabkan hutan Asia kehilangan pokok-pokoknya.

Menurut Greenpeace, hampir 4 juta pokok telah dikorbankan untuk menghasilkan 57 bilion pasang chopstick setiap tahun yang mana ianya turut disalut dengan bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah pernafasan.

 


  1. Tisu Basah

161104144826-08-eco-bad-habits-wet-wipes-restricted-super-169Oleh kerana penggunaan tisu basah kini menjadi semakin popular di kalangan wanita dan suri rumah, ia masih boleh menimbulkan masalah kepada persekitaran kita.

Sesetengah tisu basah mendakwa bahawa ia  boleh dileraikan, namun tisu basah ini sebenarnya mengandungi plastik dan tidak akan hancur dengan mudah seperti tisu. Apabila diflush ke dalam lubang tandas, tisu basah ini akan menyebabkan tandas tersumbat dan akan muncul dalam jumlah yang banyak di laut.


  1. Beg Teh Plastik

161104144248-04-eco-bad-habits-plastic-teabags-restricted-super-169Beg teh kertas yang biasa mengandungi elemen plastik, tetapi pengeluar kini lebih ramai yang menggunakan formula baru berasaskan nilon atau polyethylene terephthalate (PET).

Beg teh plastik kononnya menawarkan minuman yang kualitinya lebih tinggi, tetapi mereka agak susah untuk dikompos, dan terdapat kebimbangan bahawa mereka turut melepaskan toksin berbahaya.


  1. Styrofoam

161104144359-05-eco-bad-habits-styrofoam-restricted-super-169

Bahan yang berasaskan polistirena ini sering dapat dilihat dalam pembungkusan produk. Tetapi, ia sebenarnya tidak boleh dikompos dan susah untuk dikitar semula dan apabila itu terjadi, mereka akan merosakkan alam sekitar dan juga meracun haiwan-haiwan yang ada di sekitarnya.


  1. Pil Perancang

161104145141-10-eco-bad-habits-birth-control-pills-restricted-exlarge-169Terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa pil perancang boleh memporak-perandakan populasi hormon ikan. Kajian telah mendapati bahawa spesies ikan tertentu tidak dapat membiak semula selepas terdedah kepada endokrin disruptor, dan ini sebenarnya mengancam penduduk dan ekosistem yang lebih luas. Jika anda perlu menggunakannya, anda tidak perlu berhenti mengambilnya, tetapi apabila anda mahu menghapusnya, jangan buangnya ke dalam sinki.

Sumber: CNN

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker