AntarabangsaIsu Semasa

Menteri Keselamatan Britain: IS Ingin Melancarkan Serangan Senjata Kimia Di Britain

Serangan dan ancaman kumpulan pengganas IS semakin menjadi-jadi dan ternyata mencetuskan kebimbangan terhadap masyarakat seluruh dunia.

Terkini, Menteri Keselamatan Negara Britain, Ben Wallace mengeluarkan amaran bahawa kumpulan pengganas berkenaan ingin melancarkan serangan menggunakan senjata kimia yang akan menyebabkan kematian/kecederaan besar-besaran di Britain.

Menyifatkan rancangan kumpulan itu sebagai “ketakutan yang besar buat semua orang”, Wallace turut menjelaskan IS telah pun menggunakan senjata kimia di Syria dan Iraq.

“Mereka (IS) ingin mencederakan seramai orang yang mungkin dan mengganas terhadap seramai orang yang mungkin,” kata beliau.

Wallace berkata, kumpulan militan yang bertapak di Iraq dan Syria itu juga tidak mempunyai sebarang halangan moral untuk menggunakan senjata kimia terhadap penduduk dan jika boleh, mereka akan melakukannya di Britain.

Perkara itu dinyatakan oleh Wallace di dalam sebuah temubual bersama Sunday Times, sebelum insiden serangan di sebuah kelab malam di Turki yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang ketika meraikan tahun baru.

Menurut laporan, lelaki bersenjata (dalang disebalik insiden itu) memakai kostum Santa Claus, di mana suspek telah membunuh seorang pegawai polis dan seorang orang awam di luar kelab malam tersebut sebelum ‘menyerbu’ di dalam.

Selain itu, Wallace turut memberi amaran mengenai ancaman daripada “musuh dalaman” memandangkan kumpulan pengganas, Rusia, dan penyerang siber cuba untuk mewujudkan “pengkhianat” di dalam kerajaan, tentera dan juga perniagaan terkemuka.

“Terdapat pengkhianat. Kita perlu berjaga-jaga untuk menghadapi musuh dalaman,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa anggota IS yang pulang ke semula ke Britain akan menjadi ancaman kepada negara tersebut memandangkan kumpulan itu semakin hilang kuasa di kubu kuat mereka di Timur Tengah.

Kira-kira 800 orang warga Britain telah pergi ke Syria untuk berjuang sebagai anggota IS dan kurang daripada setengah telah pulang semula. Mengikut anggaran, seramai 100 orang daripada mereka telah terbunuh.

“Kami tahu terdapat sejumlah besar rakyat Britain yang berjuang untuk IS di Syria. Mereka mungkin ingin pulang semula (ke Britain),” ujar Wallace.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button