Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Coklat Penawar Terbaik Untuk Batuk?

Mungkin dah sampai masa untuk anda berhenti minum teh dengan madu kerana lain kali bila anda rasa nak batuk, daripada kalut cari lemon dan madu, lebih baik anda cari coklat.

Menurut pakar perubatan batuk dan pernafasan, Profesor Alyn Morice, Ketua kajian kardiovaskular dan pernafasan di University of Hull, beliau mendakwa bahawa penyelidikan baru telah membuktikan bahawa ia merupakan kaedah rawatan yang lebih berkesan.

p03m9j90“Coklat boleh menenangkan batuk,” kata Morice. “Saya tahu bahawa ia mungkin kedengaran pelik, tetapi sebagai doktor yang telah bertahun-tahun mengkaji mekanisme batuk, saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa ia amat berkesan.”

Morice menunjukkan satu kajian baru dari Eropah yang berkenaan dengan rawatan-rawatan kepada batuk. Menurut kajian itu, pesakit yang mengambil ubat baru yang mengandungi koko, didapati mempunyai pemulihan yang ketara dalam batuk mereka dan hanya tidak dapat tidur dalam masa dua hari (berbanding dengan mereka yang mengambil ubat batuk biasa).

Kajian ini bukan kajian pertama yang telah berjaya menunjukkan bahawa coklat boleh mengurangkan batuk. Para penyelidik di Imperial College London mendapati bahawa theobromine, sejenis alkaloid dalam koko, mampu melawan batuk lebih baik daripada codeine – bahan yang digunakan dalam ubat batuk.

Mengapakah coklat berkesan dengan baik? Penyelidik mendakwa ia adalah kerana koko mempunyai ciri-ciri yang mampu mengurangkan rasa sakit, yang bermakna ia boleh melegakan keradangan atau kerengsaan.

Teksturnya adalah lebih melekit daripada sirap batuk biasa, oleh sebab itu ia akan membentuk salutan yang lebih baik untuk melindungi hujung saraf dalam tekak anda (yang mencetuskan keinginan untuk batuk).

1483045888-landscape-1452267490-gettyimages-587039757

“Walau bagaimanapun, meminum minuman coklat panas tidak akan memberi kesan yang sama, kerana koko jenis ini tidak akan melekat pada tekak anda dengan lebih lama untuk membentuk lapisan pelindung seperti koko yang dikatakan tadi,” kata Morice.

“Untuk memastikan rawatan ini berkesan, perlahan-lahan hisap sekeping dark coklat dan ini boleh memberikan sedikit kelegaan.”

Jadi, lain kali bila anda rasa macam nak batuk, cari mana-mana produk ubat batuk yang baru (yang berlesen) yang mengandungi koko di dalamnya – atau hanya hisap apa-apa dark coklat yang ada.

Sumber: Woman’s Day

Show More

Related Articles

Back to top button