FesyenGaya Hidup

Tips Warna Kasut Yang Besesuaian Dengan Pakaian Anda #Bahagian 2

Takut untuk bergaya dengan kasut berwarna selain warna hitam? Kami akan membantu anda.

Pada kali ini kami akan memberikan beberapa idea pakaian yang mudah kepada anda untuk bergaya dengan warna-warna kasut seperti pastel cerah, warna berani, warna pelangi dan keseluruhan kasut yang berwarna yang sesuai dengan pakaian anda.

Sambungan pada kali ini kami akan memberi panduan pakaian apakah yang sesuai dengan kasut yang berwarna teal, biru navy, emas, perak dan kelabu untuk anda. (Klik SINI untuk Bahagian 1)

Apa Yang Boleh Dipakai Bersama Kasut Berwarna Teal

Di antara warna hijau dan biru cerah, teal adalah warna yang unik untuk dipakai. Ia juga merupakan warna yang cantik terutamanya  pada kasut.

Teal merupakan warna yang lembut, warna feminin dan kelihatan sangat sesuai apabila dipadankan dengan warna cerah yang lain, seperti putih, coral, merah jambu dan coklat terang.

Warna-warna ini kelihatan segar bersama-sama dan seperti musim bunga. Jika warna yang lembut tidak sesuai dengan anda, anda boleh padankan dengan warna navy dan merah.

what-to-wear-with-teal-shoes

 

Warna Apa Yang Boleh Dipakai Bersama Kasut Berwarna Biru Navy

Semua kasut berwarna cenderung untuk kelihatan hebat apabila dipasangkan dengan warna mereka sendiri (tidak kira warna), tetapi warna biru navy kelihatan hebat apabila dipasangkan dengan pakaian biru.

Sama ada anda memilih warna biru lembut (baby blue), cobalt, atau warna biru navy itu sendiri. Tambah sedikit warna asas seperti putih dan beberapa percikan kuning atau hijau yang akan menonjolkan lagi keyakinan diri anda sebenar.

navyblueee navyyellow navy-blue

Apa yang boleh dipakai bersama Kasut Berwarna Emas

Kasut emas adalah salah satu trend kasut terbesar tahun ini. Unik dan tidak mudah untuk dilepaskan trend ini, kasut ini adalah tambahan yg menonjol untuk mana-mana pakaian.

Walaupun ia adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan corak berani apabila anda memakainya,malahan ia kelihatan hebat dengan warna-warna blok yang terang, seperti merah, zamrud, biru dan merah wain.

Berpasangan dengan kasut emas dengan mana-manawarna ini dan menambah putih atau hitam jika perlu untuk dilihat lebih seimbang.

Apa yang boleh dipakai bersama Kasut Berwarna Perak

Jika kasut emas terlalu banyak untuk citarasa anda, bagaimana pula cuba sepasang kasut berwarna perak?

Berkilat, dan agak futuristik, kasut berwarna perak tentunya sangat bergaya. Warna unik ini kelihatan terbaik apabila dipasangkan dengan warna asas sejuk, seperti hitam, navy dan putih.

Apabila ia datang untuk menampilkan pakaian anda, pilih warna-warna hangat yang akan seimbangkan warna perak. Seperi warna merah, merah jambu, dan  kuning  akan menampilkan padanan baik yang sangat luar biasa.

silver-nude silverpink silver-xssat-street-fashion

Apa yang boleh dipakai bersama Kasut Berwarna Kelabu

Warna kelabu ternyata telah muncul sebagai warna kegemaran fesyen untuk 2016. Warna ini boleh jadi antara warna asas dan juga warna highlight, dan mewujudkan pandangan yang unik.

Pilih kasut bertumit atau but yang berwarna kelabu ataupun kasut jenis suede atau jenis kulit  dan ia berpasangan dengan warna-warna yang minimum dan bergaya.

Merah jambu yang lembut, putih, krim, hitam arang, dan hitam akan menonjolkan warna palet yang lembut kepada kepada anda.

what-to-wear-with-grey-shoes

Sumber: MarieFranceAsia

Show More

Related Articles

Back to top button