Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Penyelidik Menemukan Kaitan Antara Autisme dan Kekurangan Vitamin D Semasa Mengandung

Lebih daripada satu pertiga ibu mengandung sebenarnya mengalami kekurangan vitamin D apabila tiba masa mereka mahu melahirkan anak.

Menurut satu kajian November 2016 yang diterbitkan dalam Psychiatry Molekul, kekurangan Vitamin D semasa mengandung dikaitkan dengan sifat-sifat yang berkaitan dengan autisme.

Penyelidik menganalisis tahap vitamin D dalam lebih 4,200 sampel darah daripada kedua-dua wanita hamil dan anak-anak mereka, yang telah dikaji sebagai sebahagian daripada Generasi R (projek penyelidikan besar terhadap golongan belia di Belanda).

c2d5fcd0-bc51-4557-b2f4-3555a78a1c21Sampel darah diambil sebanyak dua kali: kali pertama semasa ibu mengandung berada dalam tempoh 21 minggu, dan kali kedua semasa beranak.

Kemudian, setelah anak-anak mereka mencapai umur 6 tahun, ibu bapa diminta untuk menjawab soal selidik yang dikenali sebagai Skala Responsif Sosial untuk mengenal pasti sama ada anak-anak mereka mempunyai “ciri-ciri yang berkaitan autisme.”

Selepas membandingkan tahap vitamin D ibu-ibu ‘dengan ciri-ciri autisme yang mereka laporkan sendiri, penulis kajian mendapati bahawa ibu-ibu yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah dalam darah mereka lebih cenderung untuk mempunyai anak-anak yang mempunyai sifat yang berkaitan dengan autisme pada umur 6 ┬átahun, berbanding golongan ibu-ibu yang mempunyai tahap vitamin D yang normal dalam darah mereka.

Kajian sebelum ini mendapati bahawa vitamin D memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, dan kekurangannya semasa anda hamil telah dikaitkan dengan ciri-ciri lain pada kanak-kanak, seperti skizofrenia dan asma.

Oleh itu, ia cukup jelas untuk mengatakan yang ianya sangat penting untuk ingat bahawa kekurangan vitamin D mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan autisme dan “sifat-sifat yang berkaitan dengan autisme”.

Pastikan anda mendapatkan vitamin D yang cukup, dan cuba gabungkan lebih banyak vitamin D ke dalam diet, sama ada melalui resepi yang kaya dengan vitamin D atau makan apa-apa suplemen.

Berikut ialah makanan yang memiliki vitamin D terbaik:

  • Minyak ikan cod
  • Salmon
  • Tuna
  • Sardin
  • Makarel
  • Kuning telur
  • Hati lembu
  • Susu
  • Bijirin yang diperkaya vitamin D
  • Udang

Sumber: womansday

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker