Gaya HidupKesihatan

Bakteria Laut Dalam Boleh Menyelamatkan Alat Sulit Anda

Mengikut satu penemuan terkini daripada jurnal institusi penyelidikan, anda perlu berterima kasih kepada bakteria laut dalam kerana mereka merupakan salah satu penyelamat kepada zakar anda.

Berdasarkan laporan daripada BBC, satu rawatan baru yang menggabungkan ubat yang diperbuat daripada bakteria laut dalam dan laser yang boleh membunuh sel-sel kanser prostat, telah pun dicipta.

bacteria-ktjf-621x414livemint

Untuk kajian ini, 49 peratus daripada lelaki dengan kanser prostat peringkat awal telah pun melalui rawatan tersebut dan mereka dengan serta-mertanya dapat melihat perbezaan dari segi pengurangan sel-sel tersebut.

Walaupun ia masih tidak jelas sama ada rawatan itu mampu menyelamatkan nyawa, ia menunjukkan bahawa harapan masih ada untuk pesakit awal kanser prostat yang tidak agresif ini dan menunjukkan bahawa mereka tidak mungkin akan mati akibatnya.

Ia masih mengurangkan risiko yang berkaitan dengan rawatan tradisional, seperti inkontinens dan mati pucuk.

Ambil Pil Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Anda

men-on-the-beach-hd-widescreen-wallpaper

Selain daripada pergi berenang atau menyelam di laut dalam, mengambil aspirin setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser pankreas anda (salah satu bentuk kanser yang dahsyat) sebanyak 46 peratus, menurut penyelidikan baru daripada Yale.

Aspirin telah terbukti dapat mencegah serangan jantung, strok, dan lain-lain jenis kanser. Tetapi walau apa pun keputusan yang anda ingin ambil, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum anda memulakan regimen baru itu kerana ia mungkin juga akan meningkatkan risiko komplikasi seperti pendarahan dalam usus anda.

Sumber: menshealth

Show More

Related Articles

Back to top button