Gaya HidupKecantikan

Ini Adalah Rahsia Masker Wajah Bagi Semua Lelaki Di Luar Sana

David Yi, pengasas kepada website verygoodlight telah berkongsi rahsia mengenai masker wajah yang dia sering amalkan selama ini. Menurutnya, dia memperoleh tips ini daripada rakan makeup artisnya, Esther yang mempunyai wajah yang sentiasa flawless dan kulit seperti patung – dan ini juga membuktikan bahawa tip ini juga berkesan untuk para wanita!

Rahsia yang dia dapat adalah dengan menggunakan yogurt yang dah sampai tarikh luput! Lebih berketul-ketul, lebih busuk, dan lebih kuat rasa nak muntah bila anda membaunya, lebih bagus!

Ia bukan sahaja akan menggelupaskan kulit anda, malah juga akan memberikan kesan yang sihat serta dewy kepada kulit anda.

snapseed-1-1100x640

Yogurt ialah exfoliant semulajadi dan ia turut mempunyai dos asid laktik yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, asid laktik adalah bahan utama untuk kebanyakan produk kecantikan di luar sana.

Asid laktik juga dikenali sebagai asid alfa hidroksi (AHA), iaitu bahan yang membantu dalam mengurangkan kedutan, menghentikan penuaan pra-matang, serta memperbaiki tekstur kulit anda.

Sekiranya anda rasa was-was untuk menyapu yogurt basi pada wajah anda, David mengesyorkan untuk menggunakan yogurt yang sudah satu atau dua hari tamat tempoh, untuk keselamatan.

Kebanyakan yogurt mempunyai kultur hidup (probiotik), yang membuat mereka begitu baik untuk anda. Ia merupakan bakteria yang baik untuk melawan bakteria yang tidak baik yang sudah lama bertapa dalam liang-liang anda sepanjang hari.

Berikut adalah bagaimana anda boleh menggunanya:

snapseed-2-1100x640

  • Selepas membersihkan muka anda, ambil yogurt yang sudah tamat tempoh dan urut ke dalam liang roma anda. Pastikan ia adalah satu lapisan yang nipis supaya ia boleh betul-betul kering.
  • Sebagai bonus, anda boleh tambah madu ke dalamnya
  • Biarkan selama 10-15 minit sehingga yogurt menyerap ke dalam kulit anda.
  • Bilas, pakai toner, essence, dan pelembap yang anda biasa gunakan dan anda akan mempunyai hasil yang sangat mengejutkan!

 

 

Sumber: verygoodlight

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker