Gaya HidupKesihatanSukan

Trend Kecergasan: 5 Cara Workout Yang Baru Pada 2017

Bosan dengan senaman semasa anda? Dengan mengambil beberapa teknik senaman kegemaran yang lama dengan beberapa teknologi yang baru muncul pada tahun 2017 yang juga dikatakan tahun berinovatif, trend industri kecergasan akan diselitkan dengan kreativiti, dan keseronokan, di samping membantu anda untuk mencapai matlamat kecergasan yang maksimum.

  • Gyrotonik
Imej Kredit: comoshambala
Imej Kredit: comoshambala

Dicipta oleh penari profesional Juliu Horvath, Gyrotonic menggabungkan satu siri pergerakan lingkaran, pernafasan, dan aliran untuk mencapai keseimbangan, kekuatan, stamina, dan fleksibiliti dalam badan anda tanpa pertelingkahan atau memampatkan sendi.

Asalnya dipanggil “Yoga untuk penari,” sistem minda-badan yang unik ini terus menjadi kegemaran di kalangan selebriti kerana ia memberikan manfaat yang sama seperti yoga, tarian, gimnastik, berenang, dan Tai Chi.

 Ia menjadi bonus yang besar jika anda sedang mencari untuk menambah beberapa perubahan kepada rutin senaman anda dan ingin melihat beberapa perubahan sebenar.

Memandangkan sesiapa sahaja mampu melakukannya daripada atlet sehinggalah kepada warga emas boleh mengamalkan Gyrotonic, ia terus berkembang dalam populariti dengan lebih 13,000 tenaga pengajar di 84 buah negara.

  • Krav Maga
Imej Kredit: kidderminsterkravmaga
Imej Kredit: kidderminsterkravmaga

Jika anda mahu untuk meningkatkan keyakinan anda, belajar mempertahankan diri, dan mempunyai senaman workout yang hebat pada masa yang sama, Krav Maga adalah jenis kelas yang anda cari.

Pada tahun 1948, Krav Maga pada asalnya diguna pakai oleh Angkatan Pertahanan Israel sebagai kaedah rasmi mempertahankan diri.

Menggunakan gabungan kardio, latihan kekuatan dan drills, Krav Maga adalah senaman keseluruhan badan, senaman membakar lemak, sambil mengajar anda kemahiran untuk melawan penyerang dalam senario yang realistik.

Aplikasi Senaman

Imej Kredit: androidauthority
Imej Kredit: androidauthority

Adakah anda memerlukan satu cara kos rendah untuk mempelbagaikan latihan anda tanpa pergi ke 10 gimnasium atau studio yang berbeza? Bersesuai dengan 2017, industri ini juga menjadi trend dengan adanya aplikasi senaman seperti Sworkit dan DailyBurn.

Aplikasi ini membolehkan anda untuk menyesuaikan latihan anda berdasarkan masa, tahap kecergasan dan jenis senaman yang anda mahu lakukan hanya dari telefon anda sendiri.

  • Pop Pilates
Imej Kredit: PopPilates
Imej Kredit: PopPilates

Jika anda suka Pilates tetapi berasa latihan anda telah menjadi kurang menarik, Pop Pilates ialah kelas kecergasan kumpulan mungkin menjadi langkah yang tepat untuk senaman 2017 anda.

Dibangunkan oleh YouTube kecergasan guru Cassey Ho, Pop Pilates menggabungkan Pilates, tarian dan muzik untuk senaman keseluruhan badan yang kuat dan berkesan.

Dengan hanya menggunakan berat badan anda, Pop Pilaes dapat menguatkan otot anda dengan cara baru yang menyeronokkan.

  • Senaman Barre
Imej Kredit: everydayhealth
Imej Kredit: everydayhealth

Dari Xtend Barre ke Pure Barre, dan Pop Physique, latihan barre terus mengumpul peminat setia di seluruh dunia.  Manakala trend kecergasan ada yang semakin menaik dan menurun, barre langsng tidak menunjukkan senamannya akan hilang.

Menggunakan gabungan balet, Pilates, yoga dan latihan berat badan, senaman barre ini dapat menghasilkan otot tanpa lemak dan juga dapat meningkatkan kekuatan.

 Tidak mempunyai studio yang berdekatan dengan anda? Banyak studio barre menawarkan kelas yang dapat diakses dalam talian bersama pilihan live streaming.

Sumber: Reader Digest

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button