AntarabangsaGaya HidupIsu SemasaMakan & Minum

Buah ini Akan Jadi Trend Makanan Pada 2017

Nangka yang merupakan buah kebangsaan Bangladesh, telah menjadi popular dikalangan mereka yang vegan dan vegetarian oleh kerana teksturnya yang seperti daging (ia juga boleh dicarik-carik).

Selepas melihat beberapa pin paling popular yang ada pada Pinterest tahun ini, platform media sosial itu telah pun mengeluarkan senarai yang apa yang mereka rasa merupakan makanan yang diramalkan akan menjadi popular pada tahun 2017.

Di bahagian paling atas senarai itu adalah nangka, buah itu telah mendapat peningkatan sebanyak 420% dalam minat di kalangan pengguna Pinterest, dan ini juga terima kasih kepada golongan vegan dan vegetarian yang telah menemui manfaatnya sebagai pengganti daging (bagi mereka).

Dalam Pinterest, anda boleh temui pelbagai resepi nangka yang cukup bervariasi contoh resipi seperti nachos vegan, bulgogi barbeku Korea dan juga tulang rusuk.

doc61jj05gavechvqey1ev-e1482220388591

Hidangan popular nangka di kalangan rakyat Malaysia adalah nangka masak lemak gulai atau kari nangka muda.

Nangka masak gulai lemak adalah satu hidangan yang kaya dengan kuah yang pekat, dan bahan-bahannya terdiri daripada nangka muda, daun kunyit segar, serai, dan juga pes yang terdiri daripada campuran bawang, halia, lengkuas, cili padi, bawang merah dan kunyit segar.

Selain itu, buah ini juga merupakan sumber vitamin C yang baik, manakala benihnya pula sangat kaya dengan protein, potassium, kalsium dan besi.

Antara makanan lain yang akan menjadi trend pada tahun 2017 Buddha bowls – biasanya dibuat dengan quinoa, avokado, keledek dan sayur-sayuran panggang – dan keropok yang dibuat daripada sayur-sayuran yang sihat seperti kubis dan kentang yang dibakar bukannya goreng (clean-eating chips).

Berikut adalah trend-trend makanan untuk dicuba pada tahun 2017, menurut Pinter

  • Sous-vide

sv-steak-7

  • Clean-eating Chip

rosemarysweetpotatofries_article

  • Buddha Bowls

buddhabowl4

  • Sotong Hidup Korea

korean-cuisine-sannakji-hoe-01

  • Empanadas

FW0509FHC05

  • Pizza Naan

images

  • Sauerkraut

homemade-sauerkraut-recipe

  • Minyak zaitun alternatif

oil-storyfb_647_021016081703

 

Sumber: Star2

Show More

Related Articles

Back to top button