Gaya HidupHiburan

Rogue One: A Star Wars Story Adalah Antara Filem Terbaik Star Wars

Berdasarkan tajuk artikel ini sendiri, anda mungkin sudah dapat rasa yang filem ini tidak akan menghampakan langsung harapan anda.

Walaupun sebelum ini ramai yang kata filem franchise Star Wars, Force Awakens merupakan satu filem yang telah hebat, bagi kami, ia sebaliknya. Ya, memang tidak dinafikan ia sebuah filem yang hebat, tetapi ia boleh menjadi lebih baik dari itu.

Dan Rogue One merupakan filem yang lebih baik itu. Cara pengambaran dan temanya yang cukup menakjubkan, telah membuatkan filem ini rasa sangat segar dan lain daripada yang lain.

landscape-1460032284-star-wars-rogue-one

Felicity Jones memegang watak Jyn Erso, seorang gadis yang bapanya merupakan salah seorang yang membantu membina Death Star. Hubungannya dengan Rebel Alliance pada mulanya agak goyah, dan pengetahuan yang dia ada dengan semua orang di kedua-dua belah pihak lawan itu telah menarik dia ke dalam pergaduhan sekali.

Rogue One menceritakan perang saudara scifi yang kotor, di mana mereka sanggup mati demi cita-cita mereka. Anda mungkin turut dapat merasai sesalan yang dirasa oleh golongan pemberontak apabila mereka membunuh beribu-ribu stormtroopers yang ada.

where-s-darth-vader-all-the-star-wars-hints-from-the-rogue-one-trailer-full-breakdown-923229

Walaupun bagaimanapun, sesalan itu tidak langsung menjadi halangan untuk mereka bunuh lebih ramai lagi stormtroopers itu kerana jika tidak, ia boleh menjejaskan tujuan mereka dan semua pembunuhan itu hanya akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Namun, dengan semua babak aksi yang tegang itu, ia tidak bermakna yang filem ini tidak akan mempunyai adegan-adegan kelakarnya kerana adegan jenaka itulah yang membantu untuk membuatnya menjadi satu seni yang lebih ringan.

rogue-one-trailer-2-darth-vader-e1476365391788-1024x466

Satu lagi perkara yang boleh menjadi sebab untuk anda pergi tengok cerita ini hari ini juga adalah satu babak tertentu di mana menonjolkan Darth Vader sebagai satu watak yang sangat menakutkan daripada mana-mana tiga filem yang pernah dia muncul – dan adegan ini sahaja membuat keseluruhan filem ini sangat berbaloi untuk ditontoni.

Show More

Related Articles

Back to top button